Tuesday, 30 April 2013

Bolehkah mengumpat orang kafir ?





BOLEHKAH MENGUMPAT ORANG KAFIR[1]
Fatwa Syeikh Said Ramadhan al Bouty

Soalan
Adakah dianggap mengumpat apabila menyebut tentang kemaksiatan dan kefasiqan seseorang Muslim atau kafir ?

Jawapan : Nabi s.a.w telah mentakrifkan bahawa mengumpat itu adalah :

ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ
“Kamu bercakap mengenai saudara kamu tentang perkara yang ia tidak sukai”[2]

Oleh yang demikian segala percakapan kamu tentang manusia yang ia tidak sukai, dianggap mengumpat di sisi syara’, dan ghibah (mengumpat) itu adalah haram dengan ittifaq.
Adapun orang yang fasiq secara terang-terangan dan berbangga dengan kefasiqannya dan tidak merasa kekurangan ataupun terhina apabila manusia bercakap tentang kefasiqannya kerana merasa bangga dengannya, maka ia tidaklah menjadi mengumpat apabila bercakap tentang kefasiqannya, kerana takrif mengumpat tidak sesuai dengan keadaan ini.
Tetapi percakapan tentang sesuatu kefasiqannya, mencela, mencerca bagi kefasiqannya adalah sesuatu yang lain. Maka yang pertama itu bukanlah dikira mengumpat kerana mengumpat tentang kefasiqannya tidak menyakitinya, bagaimana boleh menyakitinya sedangkan dia berbangga dan melakukan secara terang-terangan. Tetapi yang kedua, mencaci dan sebagainya dikira sebagai mengumpat kerana dia telah menyakitinya.
Dan apa yang dikatakan tentang orang fasiq di dalam perbezaan ini adalah dikatakan tentang orang kafir juga. Maka percakapan tentang aqidah seorang kafir bukanlah mengumpat kerana untuk memaklumkan pada orang lain bahawa dia adalah orang kafir, dan tetapi menghinanya dengan mencerca dan memakinya itu dikira mengumpat. Kemudian jika seseorang berkata kepada engkau bahawa Allah menyuruh membunuh mereka, apa jawabnya ? Jawabnya adalah sesungguhnya Allah s.w.t menyuruh orang-orang yang melampau di kalangan mereka, firman Allah s.w.t:
وَقَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ
“Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh.”[3]
Wallhua’alam.

Terj: Faiz Tanzizi 2011




[1] Ma’an Nas Masyuarat wa Fatwa,  Jilid 1, Dr. Said Ramadhan al Bouti, hlm 245
[2] Riwayat Muslim (6785)
[3] Surah al Baqarah 190

No comments:

Post a Comment