KELEBIHAN MEMBACA
AL QURAN[1]
Soalan
Firman Allah s.w.t :
“Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari al Quran”[2]
FirmanNya lagi “Dan
demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan al Quran untuk peringatan dan
pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran
(daripadanya)?”[3]
FirmanNya lagi “Sesungguhnya
Kamilah yang berkuasa mengumpulkan al Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan
bacaannya (pada lidahmu);”[4]
Bacaan al Quran itu adalah ibadat dan sebaik-baik waktu membacanya
ketika waktu Subuh, firman Allah s.w.t “Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari
hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya
sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya).”[5] Iaitu disaksikan oleh para malaikat siang
dan malam. Soalannya adakah membaca al Quran secara senyap (tanpa besuara) itu
mendapat pahala daripada Allah s.w.t atau mesti membaca secara bersuara ?
Jawapan : Saya nasihatkan bacalah al Quran dengan
suara yang boleh didengari serta bacalah dengan melihat mushaf supaya mata
engkau mendapat pahala melihat padanya, telinga engkau mendapat pahala
mendengar dan lidah engkau mendapat pahala bertutur.
Al Quran itu bukanlah semata-mata kalimah-kalimah yang dituturkan.
Sesungguhnya para malaikat bersifat dengan setiap hurufnya. Bagi al Quran itu
ada rasa cinta sebagaimana cintanya engkau pada manusia, apabila engkau
menjahuinya dia akan melupakan engkau, wallahua’lam.[6]
Terj : Faiz Tanzizi
Terj : Faiz Tanzizi
[1] Fatawa Syeikh Sya’rawi,
[2] Surah al Muzzammil 20
[3]
Surah al Qamar 30
[4]
Surah al Qiamah 17
[5]
Surah al Isra’ 78
[6]
Tambahan penyusun : Di
antara kelebihan al Quran : Daripada
Abu Zar r.a berkata : Rasulullah s.a.w telah bersabda : “Wahai Abu Zar , hendaklah
engkau berpagi-pagi dengan mempelajari satu ayat dari kitab Allah adalah lebih
baik bagi engkau daripada engkau melaksanakan solat (sunat) 100 rakaat…
Hendaklah engkau berpagi-pagi dengan mempelajari satu bab (tajuk) ilmu, sama ada
engkau dapat mengamalkannya atau tidak mengamalkannya, adalah lebih baik bagi
engkau daripada engkau melaksanakan solat (sunat) 1000 rakaat” Riwayat Ibn Majah Daripada Abu Said al
Khudry r.a berkata : Telah datang seorang lelaki kepada Nabi s.a.w dan berkata
“Berilah peringatan kepadaku”. Rasulullah telah bersabda : “Mestilah kamu
berjihad, sesungguhnya jihad itu adalah kehebatan seseorang muslim . Dan
mestilah kamu berzikir kepada Allah dan membaca al-quran, sesungguhnya ia
adalah cahaya bagi kamu di muka bumi ini dan ingatan kamu di langit . Simpanlah
lidah kamu kecuali untuk kegunaan yang baik, sesungguhnya dengan lidah itulah
(jika kamu tidak memelihara lidah kamu) kamu akan dikalahkan oleh syaitan... di
dalam riwayat yang lain, “dan sebagai simpanan kamu di langit”.
No comments:
Post a Comment