Monday, 19 August 2013

Beza di antara mukjizat, karamah dan sihir



 

BEZA DI ANTARA MUKJIZAT, KARAMAH DAN SIHIR[1]
Soalan
Apakah perbezaan di antara mukjizat, karamah dan sihir ?

Jawapan : Mukjizat itu adalah suatu perkara yang mencarik adat yang berlaku di tangan para Nabi dan Rasul sebagai tanda kebenaran mereka, seperti bertukarnya tongkat kepada ular dan bersinarnya tangan seperti matahari bagi Nabi Musa a.s. Juga seperti dapat menyembuhkan orang yang buta dan penyakit sopak, dan dapat menghidupkan orang yang mati dengan izin Allah bagi Nabi isa a.s. Dan seperti menjadi banyaknya makanan, terpancarnya air dari jari Nabi s.a.w dan terbelahnya bulan menjadi dua.
Karamah pula adalah suatu perkara yang mencarik adat yang berlaku pada tangan wali-wali Allah s.w.t. Karamah itu banyak diceritakan di dalam al Quran, seperti datangnya rezeki kepada Saidatina Maryam daripada syurga, keajaiban Khidir a.s di dalam Surah Kahfi, kisah Zulqarnain, kisah Ashabul Kahfi, kisah Asif Burkhia yang dapat memindahkan istana Balqis dalam sekelip mata dan banyak lagi.
Di antara cerita-cerita karamah yang disebutkan di dalam hadith pula ialah seperti, bercakapnya budak kecil kepada Juraij, terbukanya batu di dalam gua dengan doa, menjadi banyaknya makanan Abu Bakar as Siddiq bersama tetamunya sehingga menjadi lebih banyak selepas makan dengan tiga kali ganda.[2] Begitu juga kisah Saidina Umar r.a yang sedang berkhutbah pada hari Jumaat di Madinah tiba-tiba berkata “Wahai Sariah (tentera Islam) arah bukit ! menyebabkan kaum Muslimin menjadi hairan” dan banyak lagi kisah-kisah karamah diceritakan di dalam hadith.

Beza antara karamah dan sihir adalah karamah itu adalah berlaku pada hamba-hambanya yang soleh yang sentiasa melakukan perintah Allah s.w.t, hak-haknya dan hak hambanya. Sedangkan sihir adalah suatu perkara yang mencarik adat yang berlaku pada hambanya yang fasik atau kafir iaitu yang tidak melaksanakan hak-hak Allah dan hambanya dan ini adalah ijma’ ulama, wallahua’lam.[3] 

Terj : Faiz Tanzizi


[1] Al Fatawa al Mu'asiroh, Prof Dr Wahbah az Zuhaili
[2] Riwayat Bukhari dan Muslim
[3] Tambahan penyusun : Pengertian sihir : Sihir dari segi bahasa seperti yang diriwayatkan Laits adalah perbuatan mendekatkan diri pada syaitan dengan meminta tolong kepadanya. Menurut al-Azhary, asal sihir adalah memalingkan sesuatu daripada hakikatnya kepada perkara lain. Maka, seakan-akan ketika penyihir melihat kebatilan dalam bentuk kebenaran. Manakala orang Arab menamakan sihir sebagai sihir kerana ia mengubah kesihatan menjadi penyakit. Dalam Mu’jam al-Wasith disebut sihir sesuatu yang halus dan lembut tempat pengambilannya. Dalam Muhithul Muhith mengatakan bahawa sihir adalah mengeluarkan sesuatu dalam bentuk sebagus-bagusnya hingga menimbulkan fitnah. Dalil al-Quran yang menyebut adanya sihir, dalam surah al-Baqarah, ayat 120: Allah membekalkan kita dengan ayat yang amat ampuh untuk memerangi syaitan dan pengikutnya dalam bentuk dua surah terakhir dalam al-Quran, iaitu surah al-Falaq dan an-Nas.

Antara Petikan Penting Kajian Penulis Mesir, Muhammad Isa Dawud Mengenai Penghuni Bumi Sebelum Manusia - Mereka mengatakan bahawa Allah s.w.t menciptakan 18 umat yang berbeza-beza di bumi ini sebelum Adam a.s. Di antara mereka ada yang memiliki sayap dan suaranya gemerincing. Ada yang bertubuh seperti singa dan berkepala seperti burung, memiliki rambut dan berekor serta suaranya bergema. Ada yang memiliki dua wajah. Satu di depan dan satu di belakang dan memiliki banyak kaki. Ada yang memiliki tangan dan kaki seperti manusia tetapi mempunyai suara seperti jeritan bangau. Ada yang memiliki wajah seperti manusia, berpunggung kura-kura, bertanduk dan bersuara seperti gonggongan anjing. Ada yang berbulu putih dan berekor seperti lembu. Ada yang memiliki taring seperti babi dan telinga yang panjang. Dikatakan bahawa umat-umat ini melahirkan keturunan sehingga menjadi 120 umat. Allah s.w.t tidak menciptakan makhluk yang lebih utama, lebih baik dan indah daripada manusia. Wallahua’lam.- rawatansihir2u.com

No comments:

Post a Comment