Wednesday, 28 August 2013

Hukum Nabi Musa a.s membunuh lelaki Qibthi



 

Dr Abd Malik as Sa'di
 
HUKUM NABI MUSA. AS MEMBUNUH QIBTHI[1]

Soalan
Di dalam al Quran ada menceritakan bahawa Nabi Musa a.s pernah membunuh seorang lelaki Mesir, apakah hukumnya ?

Jawapan :
1.       Nabi Musa a.s membunuhnya sebelum dilantik menjadi Nabi.
2.       Sesungguhnya lelaki Qibthi itu kafir kerana percaya bahawa Firaun adalah Tuhan.
3.       Adalah tumbukan Nabi Musa a.s bukanlah tumbukan untuk membunuh.
4.       Lelaki Qibthi tersebut berlaku zalim pada lelaki Israel.
Oleh kerana yang demikian tindakan Nabi Musa a.s membunuh lelaki Qibthi itu tidaklah dianggap berdosa kerana Nabi Musa a.s tidak berniat menumbuknya sehinnga dia mati, cuma sekadar ingin mempertahankan lelaki Israel sahaja.
Wallahua'alam. 

Terj : Faiz Tanzizi


[1] Soalan no: 1651 daripada Firas al Maula, Iraq (www.alomah-alwasat.com)

No comments:

Post a Comment