Monday, 19 August 2013

Taubat ketika hampir mati




Taubat ketika hampir mati[1]
Soalan
Apakah taubat seseorang itu diterima Allah s.w.t ketika dia hampir mati ?

 Jawapan : Ya, taubatnya diterima Allah s.w.t sekiranya nyawanya belum sampai ke ghargharah (kerongkong). Taubat nasuha itu pertamanya mestilah meninggalkan dosa tersebut, menyesal kerana melakukannya dan berazam tidak akan melakukannya selama-lamanya. Sekiranya dosa itu berkaitan dengan merampas hak-hak anak adam ataupun berkaitan dengan Allah s.w.t, hendaklah ia bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan mengembalikannya semula. Firman Allah s.w.t:

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ 

53. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.[2]


 Sabda Nabi s.a.w:

مَنْ كَانَ آخِرُ كَلاَمِهِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ دَخَلَ الْجَنَّةَ


“Sesiapa yang akhir kehidupannya dengan Lailahaillah, dia akan masuk syurga”[3]

Terj : Faiz Tanzizi



[1] Fatawa Dr. Abd Halim Mahmod
[2] Surah az Zumar 53
[3] Riwayat Abu Daud (3118)

No comments:

Post a Comment