MENYAMBUT MAULIDUR
RASUL[1]
Soalan
Sebahagian masyarakat Islam
menyambut Maulidurrasul dengan bermain judi serta bercampur lelaki dan
perempuan dan pelbagai lagi perkara-perkara haram, apa pandangan tuan ?
Jawapan : Alhamdulillah
wassolatu wassalam a’la Rasulillah, waba’du. Sesungguhnya menyambut atau
memperingati kelahiran Nabi s.a.w adalah suatu perkara yang baik pada kaum
Muslimin. Tetapi wajiblah memelihara majlis ini dengan segala perkara-perkara
mungkar yang dilarang oleh agama. Bagi mereka yang melihat perkara ini wajiblah
menegur kerana menyuruh kepada yang ma’ruf dan melarang yang mungkar itu adalah
fardhu kifayah. Sesungguhnya banyak ayat-ayat suci al Quran menyatakan tentang
Amar Ma’ruf Nahi Mungkar. Sabda Nabi s.a.w :
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ
بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ
وَذَلِكَ أَضْعَفُ الإِيمَانِ
“Sesiapa
di kalangan kamu yang melihat perkara mungkar hendaklah ia mengubahnya
menggunakan tangannya sekiranya ia tidak mampu hendaklah ia meggunakan
lidahnya, sekiranya ia tidak mampu hendaklah ia menggunakan hatinya dan itu
adalah selemah-lemah iman”1
[2]
Tambahan penyusun : ANTARA PENDAPAT ULAMA MENGENAI MAULIDURRASUL Imam
Jalaluddin Al-Sayuti (Lihat kitab: Husnul Maqsad Fi Amal Maulid). Beliau
ditanya tentang hukum menyambut Hari Kelahiran Rasulullah s.a.w pada bulan
Rabiulawal: Apakah orang yang merayakannya mendapat pahala? Beliau menjawab:
Perayaan Maulid pada hakikatnya ialah mengumpulkan kebanyakkan orang untuk
membaca beberapa ayat al-Quran. Kemudian menjelaskan jalan-jalan dakwah sejak
mula diutuskannya Rasulullah s.a.w. Acara itu diisi dengan menghidangkan
makanan sebelum para hadirin kembali ke tempat masing-masing. Dengan tidak
berlebihan saya katakan bahawa perayaan semacam itu tergolong dalam bidaah
hasanah yang bila dilakukan akan mendapat pahala. Mereka telah mengagungkan
kedudukan Nabi s.a.w. dan menyatakan kesyukuran mereka di atas kelahiran Nabi
Muhammad s.a.w sebagai penghulu umat. Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah (Lihat
kitab: Iqtidha as-Shirath al-Mustaqin). Berkata Syeikh Islam Ibnu Taimiyah:
Memuliakan Maulid dan merayakannya setiap tahun seperti yang dilakukan oleh
sesetengah orang akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah Taala kerana
niatnya baik dan memuliakan Rasulullah s.a.w. Terdapat ramai lagi ulama yang
turut membolehkan sambutan Maulidur Rasul ini antaranya seperti: Imam Ibnu Hajar
al-Asqalani, Al-Allamah Sayyid Ahmad Zaini Dahlan, Syeikh Muhammad al-Khazraji,
al-Muhaddith Syeikh Dr. Al-Sayyid Muhammad bin al-Sayyid Alawi al-Maliki,
Syeikh Atiyah Saqar, Syeikh Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi, Syeikh Prof. Dr. Ali
Jumaah dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun segelintir ulama’ khususnya
beraliran salafiah mengatakan ia adalah bida’ah lagi haram.- jomfaham.blogspot
No comments:
Post a Comment