Wednesday, 28 August 2013

Syafaat




 
Syeikh Abd Hamid Kisyk 
 
SYAFAAT[1]

Soalan
Apakah itu syafaat ?

Jawapan :
Syafaat dari segi bahasa adalah wasilah dan tuntut. Iaitu meminta kebaikan dengan perantara orang lain di kalangan para nabi, ulama’, syuhada’, dan orang-orang soleh.
Sabda Nabi s.a.w :

يَشْفَعُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثَلاَثَةٌ : الأَنْبِيَاءُ ، ثُمَّ الْعُلَمَاءُ ، ثُمَّ الشُّهَدَاءُ.
"Tiga golongan yang memberi syafaat pada hari kiamat kelak, iaitu para nabi, ulama’ dan syuhada”[2]
وَلَا يلهم أَحَدٌ مِمَّنْ ذكر الشَّفَاعَة فِي إِخْرَاج أحد من النار إلا بعد انقضاء المدة المحتمة عند الله تعالى.
والحق أن الشفاعة من باب القضاء المعلق فنعها ظاهري.
Mereka memberi syafaat pada setiap mereka yang melakukan dosa besar mengikut kadar kedudukannya di sisi Allah s.w.t, dan tidaklah seorang pun di kalangan mereka cepat untuk memberi syafaat mengeluarkan ahli neraka daripadanya melainkan setelah selesai tempoh yang yang wajib di sisi Allah s.w.t. Dan yang benarnya bahawa syafaat itu adalah daripada bab hukuman yang berkaitan…
Sesungguhnya Nabi s.a.w adalah orang yang pertama membuka pintu syafaat pada umat manusia yang dihukum. Iaitu as Syafaatul U’zma yang khusus yang amat dicemburui oleh golongan al Awwalun wal Akharun, iaitu maqam yang terpuji yang diisyaratkan pada firman Allah s.w.t
عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا
semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji.[3]

Kata Abu Hurairah r.a, ditanya kepada Nabi s.a.w tentang maqam yang terpuji di dalam ayat ini, maka jawab Nabi s.a.w :
هُوَ الْمَقَامُ الَّذِي أَشْفَعُ لِأُمَّتِي فِيهِ
“Iaitu maqam yang aku memberi syafaat pada umatku kelak”[4]

Sabda Nabi s.a.w :

إِنَّ الشَّمْسَ تَدْنُو يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يَبْلُغَ الْعَرَقُ نِصْفَ الأُذُنِ فَبَيْنَا هُمْ كَذَلِكَ اسْتَغَاثُوا بِآدَمَ ثُمَّ بِمُوسَى ثُمَّ بِمُحَمَّدٍ صلى الله عليه وسلم وَزَادَ عَبْدُ اللهِ ، حَدَّثَنِي اللَّيْثُ ، حَدَّثَنِي ابْنُ أَبِي جَعْفَرٍ فَيَشْفَعُ لِيُقْضَى بَيْنَ الْخَلْقِ فَيَمْشِي حَتَّى يَأْخُذَ بِحَلْقَةِ الْبَابِ فَيَوْمَئِذٍ يَبْعَثُهُ اللَّهُ مَقَامًا مَحْمُودًا يَحْمَدُهُ أَهْلُ الْجَمْعِ كُلُّهُمْ.

“Sesungguhnya matahari akan mendekat ke kepala manusia di hari kiamat, sehingga keringat sebahagian mereka keluar hingga mencapai separuh telinganya, ketika mereka berada pada keadaan seperti itu mereka beristighotsah (meminta pertolongan) kepada Nabi Adam a.s, lalu Nabi Adam a.s berkata “Aku tidaklah layak melakukan demikian” kemudian kepada Nabi Musa a.s dan baginda juga berkata demikian, kemudian mereka pergi kepada Nabi Muhammad s.a.w, lalu Nabi s.a.w memberi syafaat, maka baginda s.a.w berjalan sehingga ke pintu syurga, pada hari itu Allah s.w.t memberikan maqam yang terpuji kepada mereka, lalu bertahmidlah seluruh mereka”[5]

Sabda Nabi s.a.w :

لِكُلِّ نَبِىٍّ دَعْوَةٌ مُسْتَجَابَةٌ فَتَعَجَّلَ كُلُّ نَبِىٍّ دَعْوَتَهُ وَإِنِّى اخْتَبَأْتُ دَعْوَتِى شَفَاعَةً لأُمَّتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَهِىَ نَائِلَةٌ إِنْ شَاءَ اللَّهُ مَنْ مَاتَ مِنْ أُمَّتِى لاَ يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا

Setiap nabi memikiki doa yang dikabulkan, dan mereka telah menyebutkan doa tersebut, sedangkan aku menundanya sebagai syafaat bagi umatku pada hari kiamat. Maka syafaat ini pasti akan didapatkan insya Allah oleh orang yang mati dalam keadaan tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu apapun.”[6]

Sabda Nabi s.a.w :

شَفَاعَتِي لِأَهْلِ الْكَبَائِرِ مِنْ أُمَّتِي
“syafaatku kepada ahlu kabair (orang-orang berbuat dosa besar) dari ummatku"[7]


Maka ke atas mukallaf itu mestilah beriktiqad bahawa Nabi kita s.a.w pemberi syafaat di akhirat kelak dengan izin Allah s.w.t, dialah yang pertama memberi syafaat dan yang pertama bersama umatnya berjalan di atas sirat.

Sabda Nabi s.a.w :

أَنَا سَيِّدُ وَلَدِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَأَوَّلُ مَنْ يَنْشَقُّ عَنْهُ الْقَبْرُ وَأَوَّلُ شَافِعٍ وَأَوَّلُ مُشَفَّعٍ
“Aku adalah penghulu manusia pada hari kiamat kelak, yang pertama dibangkitkan daripada kubur, yang pertama member syafaat dan yang pertama diberi syafaat.”[8]

Di dalam hadith yang lain :
أَنَا سَيِّدُ النَّاسِ يَوْمَ الْقِيَامَةِوَهَلْ تَدْرُونَ مِمَّ ذَلِكَ؟ يَجْمَعُ اللَّهُ النَّاسَ الْأَوَّلِينَ وَالْآخِرِينَ فِي صَعِيدٍ وَاحِدٍ يُسْمِعُهُمُ الدَّاعِي وَيلهمني مِنْ مَحَامِدِهِ وَحُسْنِ الثَّنَاءِ عَلَيْهِ شَيْئًا لَمْ يَفْتَحْهُ عَلَى أَحَدٍ قَبْلِي. ثُمَّ يُقَالُ: "يَا مُحَمَّدُ! ارْفَعْ رَأْسَكَ, سَلْ تُعْطَهْ, وَاشْفَعْ تُشَفَّعْ!" فَأَرْفَعُ رَأْسِي. فَأَقُولُ: "أُمَّتِي أُمَّتِي" فَيُقَالُ: "يَا مُحَمَّدُ! أَدْخِلْ مِنْ أُمَّتِكَ مَنْ لَا حِسَابَ عَلَيْهِمْ مِنَ الْبَابِ الْأَيْمَنِ مِنْ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ, وَهُمْ شُرَكَاءُ النَّاسِ فِيمَا سِوَى ذَلِكَ مِنَ الْأَبْوَابِ." ثُمَّ قَالَ: "وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنَّ مَا بَيْنَ الْمِصْرَاعَيْنِ مِنْ مَصَارِيعِ الْجَنَّةِ كَمَا بَيْنَ مَكَّةَ وَ هجر أَوْ كَمَا بَيْنَ مَكَّةَ وَبُصْرَى
"Aku adalah pemimpin manusia di hari kiamat. Apakah kalian tahu kenapa demikian? Allah mengumpulkan semua manusia dari yang pertama sampai yang terakhir di satu tempat, semua mendengar yang menyeru. Dan Allah mengilhamkan kepadaku pujian-pujian dan sanjungan-sanjungan yang indah untuk-Nya, yang tidak diajarkan kepada selainku. Kemudian Allah berfirman: "Wahai Muhammad! Angkat kepalamu, mintalah niscaya kamu diberi, dan mintalah syafa’at niscaya akan diberikan karenamu."Maka aku angkat kepalaku seraya mengatakan: "Tuhanku! Umatku, umatku."Lalu Allah I berfirman: "Masukkan ke dalam surga dari umatmu orang-orang yang tidak dihisab melalui pintu kanan surga, dan mereka berserikat dengan orang lain pada selain pintu itu."Demi Allah Yang jiwaku ada di Tangan-Nya, sesungguhnya lebar pintu-pintu surga itu sama dengan jarak antara Mekkah dan Hajar, atau jarak antara Mekah dan Bushra.[9]

Bagi Nabi s.a.w itu pelbagai syafaat di antaranya, memasukkan umatnya ke dalam syurga tanpa hisab, mengeluarkan orang-orang yang mengesakan Allah s.w.t dari neraka, memberi syafaat pada kaum untuk meninggikan darjat mereka dan memberikan syafaat kepada datuknya Abu Talib supaya diringankan dari azab neraka.

Di dalam suatu hadith :

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَذُكِرَ عِنْدَهُ عَمُّهُ فَقَالَ لَعَلَّهُ تَنْفَعُهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيُجْعَلُ فِي ضَحْضَاحٍ مِنَ النَّارِ يَبْلُغُ كَعْبَيْهِ يَغْلِي مِنْهُ دِمَاغُهُ.

Daripada Abu Said al Khudri r.a, bahawa dia mendengar Nabi s.a.w bersabda tentang pakciknya Abu Talib “Mudah-mudahan aku dapat memberi syafaat kepadanya pada hari kiamat kelak, supaya dia berada di dalam neraka yang cetek yang sampai dua buku lalinya menggelegak sampai ke otak”[10]

Wallahua’alam.

Terj : Faiz Tanzizi


[1] Tambahan penyususn :
a)  Syafa'at Udzma, supaya para manusia diqodho tentang perkara mereka, masuk surga atau masuk     neraka.
         b)  Syafa'at Ahli Jannah untuk masuk Jannah.
       c)  Syafa'at kepada orang yang berhak masuk neraka dari orang-orang yang mengesakan Alloh subhanahu wa ta'ala untuk dikeluarkan darinya, atau supaya tidak masuk neraka.
[2] Riwayat Ibn Majah (4313)
[3] Surah al Isra’ 79
[4] Riwayat Ahmad (9682)
[5] Riwayat Bukhari (9682)
[6] Riwayat Muslim (512)
[7] Riwayat Tirmizi (2436)
[8] Riwayat Muslim (6079)
[9] Riwayat Muslim (501)
[10] Riwayat Muslim (3885)

No comments:

Post a Comment