Wednesday, 28 August 2013

Di antara kecantikan Nabi Muhammad s.a.w dan Nabi Yusuf a.s



 
Syeikh Abu Zahrah

DI ANTARA KECANTIKAN NABI MUHAMMAD  S.A.W DAN NABI YUSUF A.S[1]

 Soalan
Sebagaimana yang saya tahu Nabi Yusuf a.s diberi separuh kecantikan dan Nabi Muhammad s.a.w itu diberi seluruh kecantikan, tetapi di dalam sejarah Nabi Yusuf a.s. terfitnah kerana kecantikannya sedangkan Nabi s.a.w tidak demikian walaupun Nabi s.a.w lebih cantik daripadanya, harap penjelasan tuan.

Jawapan : Alhamdulillah wassolatu wassalam a’la Rasulillah, waba’du. Di dalam Syarah al Khafaji atas kitab as Syifa menceritakan bahawasanya, tidak diutuskan para nabi melainkan Allah s.w.t menciptakan dengan elok rupanya dan merdu suaranya. Begitu jugalah Nabi kamu dari permulaannya diciptakan dengan elok rupanya dan sangat merdu suaranya, kerana keelokan rupa itu menunjukkan ke atas kesempurnaan makhluk dan akhlak. Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w sangat tampan daripada Yusuf a.s dan sangat merdu suaranya daripada Daud a.s. Baginda diberikanseluruh kebaikan dan Yusuf a.s diberikan separuh daripadanya. Yang dimaksudkan dengan kebaikan itu adalah keelokan tubuh badan dan merdu suaranya.
Sesungguhnya fitnah wanita yang berlaku pada Nabi Yusuf a.s mempunyai beberapa sebab. Di antaranya adalah baginda seorang pemuda yang dimiliki yang hidup di dalam rumah tuannya serta memiliki rupa yang sangat tampan dan kecantikannya tidak seperti rakyat Mesir yang lain. Maka setiap wanita yang melihatnya, melihat dengan tanpa kehormatan dan kebimbangan. Pada waktu itu juga suasana Mesir tidak seperti suasana Arab begitu juga adat mereka. Sedangkan Nabi s.a.w hidup dengan penuh kehormatan, kaum wanita pula tahu bahawa Nabi s.a.w di kalangan keluarga pimpinan dan tidak melihatnya dengan tanpa sebarang keraguan dan Nabi s.a.w telah diberi kehebatan semenjak kecil lagi, wallhua’lam.1

Terj : Faiz Tanzizi


[1] Fatawa Syeikh Muhammad Abu Zahrah

No comments:

Post a Comment