PERKARA YANG MEMBATALKAN AQIDAH[1]
Soalan
Apakah perkar-perkara yang membatalkan
aqidah ? Adakah perbuatan yang menyebabkan kafir tanpa niat itu booleh
membatlkan aqidah ? Dan adakah dosa-dosa besar itu boleh menyebabkan seseorang
itu kafir ?
Jawapan :
Perkara-perkara yang membatalkan Islam itu adalah setiap perkara yang
menjadikan seseorang itu kafir iaitu :
1.
I'tiqad ada Tuhan
selain Allah
2.
Ingkar satu sifat
daripada sifat-sifat Allah atau satu nama daripada nama-nama Allah
3.
Ingkar azab kubur,
hisab, kebangkitan, syurga, neraka dan titian shirat
4.
Ingkar satu hukum
yang thabit daripada dalil yang qat'ie atau ilmu minaddin bid dhorurah (ilmu
di dalam agama yang tidak perlu dikaji) amada perkara perintah atau larangan.
5.
Mencela Allah, Rasul,
Islam dan al Quran
6.
I'tiqad ada
undang-undang lain yang lebih baik daipada undang-undang al Quran
7.
Sujud selain kepda
Allah, atau mencampak al Quran ke tempat-tempat yang kotor, tau melakukan
perbuatan yang kufur walaupun tidak niat demikian
Adapun melakukan dosa-dosa besar
seperti mencuri, berzina, mengumpat, memakan riba sekiranya ia beri'tiqad itu
semua adalah halal maka dia menjadi kafir, sekiranya dia tidak beri'tiqad
demikian dia mendapat dosa besar.
Wallahua'alam.
No comments:
Post a Comment