HARAM
MENGAMBIL BERKAT PADA GEREJA[1]
Syeikh
Husnain Muhammad Makhluf
Soalan
Sebahagian kaum Muslimin dan Muslimat telah pergi ke
gereja dengan berniat mengambil berkat pada para paderi yang dikebumikan di
sana kerana mereka menyangka mempunyai karamah. Mereka berharap supaya
disembuhkan penyakit dan dapat dikembalikan barang yang hilang. Kami
mengharapkan penjelasan daripada pihak tuan adakah perkara ini harus di sisi
syara’ ?
Jawapan: Beriktiqad
seperti masalah diatas, merupakan suatu iktiqad yang salah, mungkar lagi haram.
Sesungguhnya kejahilan itu boleh di atasi dengan ilmu, kebodohan pula boleh
ditolak dengan menggunakan akal. Segala yang disangkakan itu bukanlah karamah,
tetapi adalah suatu penipuan, pembohongan dan penyelewengan.
Seperti yang
kita ketahui, karamah itu merupakan satu kemulian yang diberi oleh Allah s.w.t kepada
hambaNya yang soleh dan disayangi. Firman Allah s.w.t :
š
الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ
“(Wali-wali
Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa.”[2]
Allah s.w.t
juga menjelaskan lagi, golongan yang dikasihiNya, didalam firmanNya :
ƒ
إِنْ أَوْلِيَاؤُهُ إِلَّا الْمُتَّقُونَ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ
“orang-orang
yang berhak menguasainya hanyalah orang-orang yang bertaqwa, tetapi kebanyakan
mereka tidak mengetahui.”[3]
الإيمان هو التصديق الجازم بما جاء به محمد صلى الله عليه وسلم عن رَبِّه مِنْ أَحْكَام وشرائع
“Iman itu adalah membenarkan secara tetap dengan apa yang dibawa oleh
Nabi s.a.w daripada Allah s.w.t dan daripada segala hukumhakam dan syariat.”
التقوى هي امتثال أمر الله واجتناب نَهْيِه
“Taqwa pula adalah melaksanakn segala perintah Allah s.w.t dan menjauhi
segala larangannya”
Kerana dengan
kedua-duanya dapat memelihara seseorang yang beriman. Maka sesiapa yang hilang
keimanan yang sebenar di dalam kehidupannya, sebenarnya dia tidaklah beriman.
Dan sesiapa yang hilang ketaqwaannya bersama keimanan, maka dia adalah mu’min
yang derhaka. Kedua-duanya diceritakan di dalam al Quran bukanlah wali Allah
dan tidak mempunyai karamah sekalipun dia adalah mulia semasa hayatnya. Sesungguhnya
karamah ilahiah itu tidaklah berlaku melainkan pada Muslim yang bertaqwa.
Firman Allah s.w.t :
وَإِنْ يَمْسَسْكَ اللَّهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ وَإِنْ يَمْسَسْكَ بِخَيْرٍ فَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
“dan jika
Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada
sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika ia mengenakan
(melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap
sesuatu.”[4]
Firman Allah s.w.t :
قُلْ مَنْ يُنَجِّيكُمْ مِنْ ظُلُمَاتِ الْبَرِّ وَالْبَحْرِ تَدْعُونَهُ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً لَئِنْ أَنْجَانَا مِنْ هَذِهِ لَنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِينَ (63) قُلِ اللَّهُ يُنَجِّيكُمْ مِنْهَا وَمِنْ كُلِّ كَرْبٍ ثُمَّ أَنْتُمْ تُشْرِكُونَ
63.
katakanlah: "Siapakah Yang menyelamatkan kamu dari bencana-bencana di
darat dan di laut? (ketika) kamu berdoa merayu kepadanya dengan merendah diri
(secara terbuka) dan secara bersembunyi, (dengan berkata): "Demi sesungguhnya
jika Allah selamatkan Kami dari bencana ini nescaya menjadilah kami dari
orang-orang yang bersyukur". 64. katakanlah: "Allah jualah yang
menyelamatkan kamu dari bencana itu dan dari segala jenis kesusahan; Dalam pada
itu, kamu (masih) mempersekutukan (Allah dengan sesuatu yang lain)".[5]
Wajiblah pada syara’ mencegah mereka daripada beri’tiqad yang salah ini
dan melakukan ziarah yang haram, dan wajib mengajar mereka tentang aqidah yang
benar kerana tidak ada yang selamat daripada balasan Allah s.w.t melainkan
dengannya, wallhua’alam.
No comments:
Post a Comment