Wednesday, 1 May 2013

Adakah dosa-dosa kecil itu boleh menjadi besar pada sesuatu keadaan ?





DOSA KECIL DAN BESAR[1]
Fatwa Syeikh Mutawalli as Sya'rawi

Soalan
Apakah dosa-dosa kecil dan apakah dosa-dosa besar ? Adakah dosa-dosa kecil itu boleh menjadi besar pada sesuatu keadaan ?

Jawapan : Sesungguhnya di antara dosa-dosa besar itu ialah syirik kepada Allah s.w.t, minum arak, berzina, mencuri, membunuh, derhaka ibu bapa dan saksi palsu.

Dan dosa-dosa kecil pula adalah selain daripada dosa-dosa besar. Seseorang yang bertekad untuk berterusan dalam melakukan dosa kecil boleh menjadi dosa besar. Seolah-olah dia sentiasa tidak mentaati Allah s.w.t. Sekalipun ia adalah dosa kecil tetapi ia boleh menjadi besar. Kerana berpindah daripada semata-mata menyalahi hukum kepada ingkar kepada Hakim (Allah s.w.t),wallahua’lam.[2]

Terj: Faiz Tanzizi 2011


[1] Fatawa Syeikh Sya’rawi
[2] Tambahan penyusun : Sila lihat karya Imam az Zahabi di dalam kitabnya al Kabair yang telah menyenaraikan 70 dosa-dosa besar

No comments:

Post a Comment