TAUBAT ITU MENGHAPUSKAN DOSA SELURUHNYA[1]
Fatwa Syeikh Abd Halim Mahmod
Soalan
Adakah taubat itu menghapuskan
dosa seluruhnya ?
Jawapan : Ya, sesungguhnya rahmat Allah
s.w.t amat luas pada hamba-hambanya yang bertaubat, firmanya :
إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا
“Sesungguhnya Allah tidak akan
mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan
mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut
aturan syariatNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang
lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar[2]
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
“Katakanlah (Wahai Muhammad):
"Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka
sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari
rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya
Dialah jua yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.[3]
Seseorang itu hendaklah bertaubat nasuha
daripada melakukan dosa-dosanya. Mudah-mudahan dengan itu Allah s.w.t
menghapuskan segala dosanya dan segala kejahatannya. Firman Allah s.w.t :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا عَسَى رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ نُورُهُمْ يَسْعَى بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
“Wahai orang-orang
yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " taubat Nasuha",
mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan
memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada
hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman
bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di
hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka
berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita):
"Wahai Tuhan kami! sempurnakanlah bagi Kami cahaya kami, dan limpahkanlah
keampunan kepada kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu"[4]
Wallahua'alam.
Terj: Faiz Tanzizi 2011
No comments:
Post a Comment