Thursday, 2 May 2013

Hukum wanita menziarahi kubur




HUKUM WANITA MENZIARAHI KUBUR[1]
Fatwa Syeikh Wahbah az Zuhaili

Soalan
Adakah harus bagi wanita menziarahi kubur ?

Jawapan : Mejoriti pandangan fuqaha’ dan yang lebih tepat dan benar adalah harus bagi wanita itu meziarahi kubur, kerana umum hadith Nabi s.a.w :

كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ أَلَا فَزُورُوهَا
“Dulu aku pernah melarang kamu daripada menziarahi kubur, maka sekarang ziarahlah”[2]

Tetapi disyaratkan bagi kaum wanita itu dengan menjaga kesopanan, adab, tidak meratap, tidak bercakap dengan sesuatu yang boleh mengeluarkannya daripada Islam seperti membantah atau tidak mempercayai qada’ dan takdir. Sebahagian pandangan yang tidak membenarkan kaum wanita menziarahi kubur adalah bersandarkan kepada beberapa hadith, tetapi hadith-hadith itu telah dinasakhkan dengan hadith tadi, wallahua’alam.

Terj: Faiz Tanzizi 2010


[1] Al Fatawa al Mu'asiroh, Prof Dr Wahbah az Zuhaili
[2] Riwayat Hakim (1385)

No comments:

Post a Comment