Azab Iblis[1]
Fatwa Syeikh A'thiah Saqar
Soalan
Bagaimanakah Iblis diazab di dalam api neraka sedangkan dia diciptakan
daripadanya ?
Jawapan : Sebagaimana
yang diketahui, Allah s.w.t telah menciptakan Iblis dan Jin daripada api,
firman Allah s.w.t menceritakan tentang Iblis:
قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ
12. Allah berfirman: "Apakah penghalangnya Yang menyekatmu
daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih
baik daripada Adam, Engkau (Wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang Dia
Engkau jadikan dari tanah."[2]
Dan firmanNya lagi :
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي خَالِقٌ بَشَرًا مِنْ صَلْصَالٍ مِنْ حَمَإٍ مَسْنُونٍ
27. Dan jin pula, Kami jadikan Dia sebelum itu, dari angin api
Yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.[3]
Dan apa yang diketahui juga Allah s.w.t akan mengazab Iblis dan
pengikutnya di dalam api neraka, firman Allah s.w.t:
لَأَمْلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنْكَ وَمِمَّنْ تَبِعَكَ مِنْهُمْ أَجْمَعِينَ
85. " Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka jahannam
Dengan jenismu dan Dengan orang-orang Yang menurutmu di antara zuriat-zuriat
Adam (yang derhaka) semuanya ".[4]
Apa yang kita ketahui tentang azab , ia memberi kesakitan pada tubuh,
kerana ia berbeza pada tabiat jisim dan alat yang digunakan untuk mengazab.
Maka bagaimanakah syaitan boleh terkesan apabila diazab dengan api sedangkankan
tidak terbeza dengan tabiatnya (dari apai juga).
Jawapannya :
1. Sesungguhnya Allah
s.w.t berkuasa mengubah tabiat syaitan sehingga dia merasa azab api neraka.
Adakalanya syaitan berbentuk dengan bentuk yang bukan tabiatnya, dia juga
tinggal di rumah-rumah, tidur, duduk dan memakai pakaian yang tidak disebut
nama Allah s.w.t. Dia memasuki rumah yang tidak disebut nama Allah oleh tuannya
ketika mereka masuk, sebagaimana yang telah datang di dalam hadith.
Sesungguhnya syaitan telah meludah Nabi s.a.w untuk merosakkan solat Nabi
s.a.w, lalu Nabi s.a.w mencekiknya dan Nabi s.a.w merasa sejuk lidahnya
sebagaimana yang telah datang di dalam sebahagian riwayat. Kalaulah syaitan
masih kekal tabiat apinya nescaya terbakarlah apa yang disentuh oleh tangannya.
Saidina Adam a.s walaupun diciptakan daripada tanah, dijadikan dengan tabiatnya
yang khusus, bukanlah seperti ciri-ciri tanah. Maka tidaklah tumbuh pokok pada
jasad manusia sebagaimana tumbuhnya tumbuhnya pokok di atas tanah.
2. Allah s.w.t juga boleh menjadikan api
neraka itu lebih kuat daripada api yang Allah s.w.t ciptakan iblis, menyebabkan
iblis merasa sakit apabila ia masuk ke dalamnya. Api neraka itu mempunyai
tingkatan, sebahagiannya lebih panas daripada sebahagian yang lain.
3. Bukanlah setiap azab di dalam apai
neraka itu membakar dan menyiksa tubuh. Didalamnya terdapat pelbagai jenis
siksaan daripada ular, kala jengking dan kekangan daripada besi untuk memukul
mereka yang di azab, di dalamnya ada pelbagai jenis rantai dan ikatan, di
dalamnya terdapat pokok zaqqum yang di sebut oleh Allah s.w.t :
إِنَّ شَجَرَتَ الزَّقُّومِ (43) طَعَامُ الْأَثِيمِ (44) كَالْمُهْلِ يَغْلِي فِي الْبُطُونِ (45) كَغَلْيِ الْحَمِيمِ (46
43. (ingatlah), Sesungguhnya pokok Zaqqum, -
44. (Buahnya) menjadi makanan bagi orang
Yang berdosa (dalam neraka).
45. (Makanan ini pula panas) seperti
tembaga cair, mendidih Dalam perut, -
46. Seperti mendidihnya air Yang
meluap-luap panasnya.[5]
إِنَّهَا شَجَرَةٌ تَخْرُجُ فِي أَصْلِ الْجَحِيمِ (64) طَلْعُهَا كَأَنَّهُ رُءُوسُ الشَّيَاطِينِ (65) فَإِنَّهُمْ لَآكِلُونَ مِنْهَا فَمَالِئُونَ مِنْهَا الْبُطُونَ
64. Sebenarnya ia sebatang pohon Yang tumbuh di dasar neraka
Yang marak menjulang;
65. Buahnya seolah-olah kepala
Syaitan-syaitan;
66. Maka sudah tentu mereka akan makan
dari buahnya (sekalipun pahit dan busuk), sehingga mereka memenuhi perut
darinya.[6]
لَيْسَ لَهُمْ طَعَامٌ إِلَّا مِنْ ضَرِيعٍ (6) لَا يُسْمِنُ وَلَا يُغْنِي مِنْ جُوعٍ
6. Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok
Yang berduri,
7. Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula
dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.[7]
Maka di dalam neraka itu terdapat pelbagai
azab, Allah s.w.t boleh menjadikannya untuk mengazab syaitan. Apa yang paling
penting kita berusaha sedaya mungkin supaya tidak tergolong di dalamnya,
wallhua’lam.
No comments:
Post a Comment