SIAPAKAH WALI ALLAH[1]
fatwa Syeikh Abd Hamid Kishk
Soalan
Siapakah para Aulia’
Allah yang dimaksudkan di dalam ayat :
أَلَا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
62. Ketahuilah! Sesungguhnya
wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap
mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.[2]
Jawapan : Allah
s.w.t menyebut tentang para auliaya’nya di dalam al Quran al Karim dengan
sifat-sifat mereka yang tinggi :
أَلَا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ (62) الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ (63) لَهُمُ الْبُشْرَى فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ لَا تَبْدِيلَ لِكَلِمَاتِ اللَّهِ ذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
62. Ketahuilah!
Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak
baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.63. (Wali-wali
Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa
bertaqwa.64. Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang mengembirakan di dunia dan
di akhirat; tidak ada (sebarang perubahan pada janji-janji Allah yang demikian
itulah kejayaan yang besar.[3]
Allah s.w.t
mensyaratkan kepada para aulia’nya dengan iman yang sempurna, hati yang khusyu’
dan ketaqwaan yang tinggi yang sentiasa melakukan kebaikan dan meninggalkan
segala maksiat kecil dan besar, Abdullah Bin Masu’d mentakrifkan para Wali
Allah itu adalah orang-orang yang apabila dilihat mengingakatkan kita kepada
Allah s.w.t. Di dalam suatu hadith :
عَنِ ابْنِ
عَبَّاسٍ رَضِي الله عَنْهُمَا قَالَ :
قَالَ رَجُلٌ : يَا رَسُولَ اللهِ مَن أَوْلِيَاءُ
اللهِ ؟ قَالَ : الَّذِينَ إِذَا رُؤُوا ذُكِرَ الله.
Daripada Ibn Abbas r.a, bertanya seorang lelaki kepada Rasulullah s.w.
“Ya Rasulullah siapakah Aulia’ Allah ? Sabda Nabi s.a.w “ Mereka adalah
orang-orang yang apabila dilihat mengingakatkan kita kepada Allah s.w.t.”[4]
Mereka itu
adalah Ahlus Solah dan Taqwa, mereka mengingatkan manusia lain supaya sentiasa beriltizam
kepada syariat Allah s.w.t. Sesungguhnya dinamakan mereka sebagai wali adalah
kerana cintanya mereka dan dekatnya mereka kepada Allah s.w.t, dan sentiasa
mentaati perintah Allah s.w.t. Di dalam suatu hadith yang dikeluarkan oleh
Bukhari dan Muslim, Nabi s.a.w bersabda :
عَنْ عَمْرِو
بْنِ الْعَاصِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جِهَارًا غَيْرَ سِرٍّ يَقُولُ : أَلاَ إِنَّ آلَ أَبِى - يَعْنِى فُلاَنًا -
لَيْسُوا لِى بِأَوْلِيَاء إِنَّمَا وَلِيِّىَ اللَّهُ وَصَالِحُ الْمُؤْمِنِينَ .
Daripada Amar Bin al Ash berkata aku mendengar Nabi s.a.w bersabda
secara jelas “Sesungguhnya keluarga bani fulan itu bukan waliku (karena
mereka orang kafir), hanyasanya waliku itu adalah Allah s.w.t dan orang-orang
yang beriman”[5]
Di dalam hadith yang
lain :
إِنَّ أَوْلِيَائِي مِنْكُمُ الْمُتَّقُونَ مَنْ كَانُوا
وَحَيْثُ كَانُوا
“Sesungguhnya para penolongku itu adalah orang-orang yang bertaqwa di
kalangan kamu tidak kira sesiapa atau pun di mana”[6]
Para Wali Allah itu berbeza kedudukan mereka
mengikut ketinggian iman dan ketaqwaan mereka. Maka sesiapa yang iman dan
ketaqwaannya paling sempurna maka dia adalah wali yang paling mulia di sisi
Allah s.w.t. Mereka itu ada dua peringkat : Golongan yang terdahulu lagi dekat
kepada Allah s.w.t dan golongan kanan, yang disebut oleh Allah s.w.t di
beberapa tempat di dalam al Quran.
Mereka tidak mengikut apa yang terlintas di
fikiran mereka tanpa mengambil kira pada al Quran atau Sunnah Nabi s.a.w,
bahkan mereka sangat berpegang pada al Quran dan Sunnah. Seseorang itu tidaklah
dianggap wali sekalipun boleh terbang di udara atau pun boleh berjalan di atas
air sehinggalah dia dilihat mengikuti Kitab Allah dan Sunnah Nabinya. Dan di
antara dasar-dasar Ahlussunnah itu adalah membenarkan karamah para wali iaitu
perkara-perkara yang mencarik adat yang berlaku dengan kuasa Allah s.w.t pada
mereka, wallhua’alam.
No comments:
Post a Comment