MALAIKAT TIDAK TAHU PERKARA GHAIB[1]
Fatwa Syeikh A’tiah Saqar
Soalan
Adakah para
malaikat itu melihat Allah s.w.t ? Dan adakah mereka tahu perkara ghaib ketika
mereka berkata kepada Allah s.w.t tentang penciptaan Adam a.s seperti di dalam
surah al Baqarah “mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan
berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu
orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), ?
Jawapan : Tidak terdapat
dalil bahawa para malaikat itu melihat Allah s.w.t, yang ada menunjukkan bahawa
mereka sentiasa mentaati Allah s.w.t tanpa pernah melihatNya. Firman Allah
s.w.t :
ž
لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
“Para malaikat itu
tidak pernah menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan kepada
mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan”.[2]
Berkenaan
perkara ghaib pula, tidak ada seorang pun yang mengetahuinya melainkan Allah
s.w.t samaada di kalangan malaikat atau pun selainnya. Hanyasanya mereka
bertanya dalam bentuk kiasan, kerana sebelum itu terdapat makhluk yang tinggal
di bumi yang selalu melakukan kerosakan dan pertumpahan darah, tetapi Allah
s.w.t musnahkan mereka dan ingin menjadikan Adam a.s dan anak cicitnya untuk
memakmurkan bumi, wallhua’alam.[3]
Terj: Faiz Tanzizi 2011
[1] Ahsanul
Kalam Fil Fatawa wal Ahkam (Fatawa Jadidah), Syeikh A’tiah Saqar, hlm 23
[2]
Surah at Tahrim 6
[3]
Tambahan penyusun : Para ulama’ berpendapat di antara sebab Allah s.w.t
mendahulukan jin pada ayat “Tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia
melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu”-surah az Dzariyat 56- adalah
dahulunya bangsa jin tinggal di bumi sebelum manusia, wallhua’alam.
No comments:
Post a Comment