Thursday, 2 May 2013

Benarkah mereka yang tidak ada guru pembimbing di dalam kebaikan maka syaitan gurunya ?




BERGURU DENGAN SYAITAN[1]
Fatwa Syeikh Said Ramadhan al Bouty
Soalan
Benarkah mereka yang tidak ada guru pembimbing di dalam kebaikan maka syaitan gurunya ?
Jawapan : Tidak ada keraguan lagi bahawa hubungan seseorang yang diterima kepada Allah s.w.t adalah dengan bimbingan seorang alim yang ikhlas kepada Allah azzawajalla, ia adalah suatu perkara yang amat berfaedah di dalam lapangan menuntut ilmu dan suluk. 

من ليس له شيخ يرشده فالشيطان شيخه
“Mereka yang tidak ada guru untuk membimbingnya maka syaitan gurunya”

Kalam ini bukanlah bermakna, bahawa setiap mereka yang tidak ada guru untuk membimbingnya maka syaitan gurunya. Kalam ini bukanlah berasal daripada hadith Nabi s.a.w atau pun kalam ulama’ salafussoleh terdahulu.
Diluaskan pada para pemuda yang tidak mampu mencari guru yang mursyid (pembimbing), alim lagi ikhlas kepada Allah s.w.t supaya menuntut ilmu tentang asas-asas Islam dan hukum-hakam adab pergaulan (akhlak) daripada mana-mana saudaranya yang mampu memberi nasihat kepadanya. Kemudian dia hendaklah bersungguh-sungguh mentaati segala perintah Allah dan menjauhi segala larangannya. Dan saya tidaklah ada hubungan dengan mana-mana Tareqat Sufiah samaada Syazliah atau pun sebagainya.
Begitu juga berhimpun untuk berzikir kepada Allah s.w.t ketika Maulidurrasul, yang membincangkan tentang Sirah Rasulullah s.a.w, Syamailnya dan kata-kata pujian ke atasnya adalah suatu amalan yang diterima dan diberi pahala, sekiranya majlis itu mengharap pandangan Allah dan majlis itu jauh daripada perkara-perkara yang diharamkan, wallahua’alam.[2]

Terj: Faiz Tanzizi 2011

[1] Ma’an Nas Masyuarat wa Fatwa,  Jilid 1, Dr. Said Ramadhan al Bouti, hlm 240
[2] Tambahan penyusun : Kata Dr. Haron Din :
“Ilmu yang memberi kebaikan kepada manusia, dipelajari dengan cara berguru dengan cara yang betul, memakan masa yang agak lama, perlu diuji dan dipastikan dia boleh memilikinya, bukan sama sekali menerusi mimpi semalaman atau beberapa minit sahaja mimpi itu. Dalam tasawuf atau tarikat sering diperkatakan mengenai kaedah mempelajari sesuatu ilmu hendaklah dengan berguru dengan jelas dan nyata, supaya kelak dapat berilmu dan beramal dengan ilmunya.”

No comments:

Post a Comment