MENGHARAP
KEMATIAN ADALAH DILARANG[1]
Fatwa Syeikh Hasanain Makhluf
Soalan
Adakah harus seseorang itu mengharapkan
kematian kerana ditimpa pelbagai ujian ?
Jawapan: Tidak boleh seseorang Muslim itu
memohon supaya disegerakan kematiannya. Sekiranya tidak tahan dengan ujian dan dugaan
di dunia ini, seperti masalah pada diri, harta, pangkat, dan sebagainya, dia hendaklah
bersabar dan kuatkan semangat.
Sesungguhnya
Allah s.w.t memberi ganjaran kepada hambanya yang bersabar. Ada sebuah hadith, yang
boleh memberi pengajaran kepada kita bersama,hadith yang diriwayatkan daripada
Anas bin Malik,katanya,Nabi pernah bersabda:
لا
يَتمنَيَنَّ أحدكم الموت لِضُرٍّ نَزَلَ به في الدنيا، لكن ليقل: اللهم أحيني ما
كانت الحياة خيرًا لي وتوفني إذا كانت الوفاة خيرًا لي لا يَتمنَيَنَّ أحدكم الموت
لِضُرٍّ نَزَلَ به في الدنيا، لكن ليقل: اللهم أحيني ما كانت الحياة خيرًا لي
وتوفني إذا كانت الوفاة خيرًا لي
"Janganlah salah seorang dari kalian
mengharapkan kematian kerana suatu musibah yang menimpanya, tetapi hendaklah ia
berkata “Ya Allah, hidupkanlah aku sekiranya kehidupan itu lebih baik bagiku,
dan matikanlah aku sekiranya kematian itu lebih baik bagiku”
Nabi
s.a.w melarang orang yang beriman daripada mengharapkan kematian apabila
ditimpa musibah dan menyuruh supaya memohon perlindungan dengannya.
Adapun doa Nabi Yusuf a.s seperti di dalam al
Quran :
تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ
“sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam
keadaan Islam, dan golongkanlah aku dengan orang-orang yang soleh".[2]
Kata Ibn Hazm :
إنه ليس
استعجال الموت المنهي عنه، بل هو دعاء بألَّا يتوفاه الله تعالى إذا توفاه إلا
مسلمًا. فهو دعاء بطلب الخير المحبوب
“Bukanlah ayat ini
bermaksud meminta disegerakan kematian yang dilarang tetapi ia hanyalah doa
supaya Allah s.w.t mematikannya di dalam agama Islam dan ini adalah doa
kebaikan yang dituntut”[3]
Demikianlah Islam mendidik jiwa sehingga ke dalam
kebimbangan hati dan bisikan jiwa. Maka Islam melarang daripada mengharap
disegerakan kematian apabila ditimpa pelbagai ujian. Adapun hamba yang
memohon disegerakan itu, mereka merupakan hamba yang lemah, tidak bermaya,
kurangnya iman dan kurangnya kepercayaan kepada Allah s.w.t. Kami memohon
kepada Allah s.w.t agar dia diberikan ketetapan dan keyakinan pada dirinya,
wallahua’alam.
No comments:
Post a Comment