Wednesday, 1 May 2013

Hukum main catur




HUKUM BERMAIN CATUR[1]
Fatwa Syeikh Ramadhan al Bouty
Soalan
Adakah bermain catur itu haram ?

Jawapan : Bermain catur  di dalam mazhab Syafei tidaklah haram tetapi ia adalah makruh tanzih (ringan). Ia menjadi haram apabila disertai dengan pertaruhan harta atau pun menjadi sebab, ia menjadi lalai daripada meninggalkan kewajipan-kewajipan agama seperti mendirikan solat pada waktunya, pada ketika itu ia menjadi haram.
                Di sana terdapat beberapa pandangan di dalam mazhab yang lain berpendapat haramnya bermain catur. Sesiapa yang ingin menjadikan dirinya wara’, hendaklah ia mengikut pandangan mazhab yang mengatakan ia adalah haram yang mengqiaskan catur dengan permainan dadu yang disebut oleh Nabi s.a.w tentang pengharamannya, wallahua’alam.[2]

Terj: Faiz Tanzizi 2011


[1] Ma’an Nas Masyuarat wa Fatwa,  Jilid 1, Dr. Said Ramadhan al Bouti, hlm 199
[2] Tambahan penyusun : Sabda Nabi s.a.w “Sesiapa yang bermain Nardasyir (sejenis permainan menggunakan dadu) dia seolah-olah telah mencelup tangannya ke dalam daging khinzir dan darahya” Riwayat Muslim (6033)
Para ulama’ berbeza pendapat tentang pengharaman catur :
Pertama : Haram
Mazhab Maliki mengatakan bahawa bermain catur tidak ada kebaikan di dalamnya, hingga sesiapa yang bermain catur tidak  dapat diterima kesaksiannya.
Mazhab Hanbali mengatakan bahawa permainan catur itu hukumnya haram secara mutlak.  
Kedua : Makruh  
Mazhab Syafei dan para pengikutnya mengatakan hukumnya adalah makruh. Imam al Ghazali mengatakan bahawa hal-hal tersebut menjadi makruh bila dilakukan secara rutin.
Juga berpendapat di kalangan jumhur ulama’ dari kalangan al Hanafiyah, al Hanabilah dan sebagian riwayat pendapat Imam Malik ra. Ulama al Hanafiyah menetapkan bahwa permainan catur itu hukumnya makruh baik bermain dadu atau tidak. Sedangkan bila permainan itu bercampur dengan unsur judi, atau dilakukan secara rutin atau bahkan sampai meninggalkan pekerjaan yang wajib, maka hukumnya menjadi haram secara ijma`.
Ketiga : Harus
Pendapat di kalangan para tabien, juga dari Abu Yusuf mereka memberikan alasan jika permainan itu jika dimaksudkan untuk melatih otak, maka hukumnya adalah harus.
Pendapat ini juga disepakati oleh Dr. Yusuf Al Qaradhawi dalam kitabnya  al Halal wal Haram dengan tiga syarat iaitu:
1.Tidak lalai dari mengerjakan solat.
2.Tidak bercampur dengan unsur judi.
3.Tidak bercakap kotor ketika bermain.

No comments:

Post a Comment