Wednesday, 1 May 2013

Siapakah Syiah ?




SYIAH[1]
Fatwa Syeikh Abd Halim Mahmod
Soalan
Siapakah Syiah ? Apakah perbezaan mereka dengan kita sebagai Ahli Sunnah ?

 Jawapan : Mejoriti Syiah pada hari ini berada di Iraq, Iran, dan Yaman. Syiah di Iraq dan Iran adalah Syiah Isna A’syariah dan Syiah di Yaman pula adalah Syiah Zaidiah. Di wilayah-wilayah ini di diami oleh beribu-ribu penganut Syiah. Walaubagaimanapun terdapat juga penganut Syiah A’lawiyyin di Lubnan dan Syiah Ismailiah di India dan Afrika.
Dinamakan mereka sebagai Syiah kerana sokongan mereka pada Saidina Ali pada khilafah bersama Mua’wiyah r.a dan para sahabat yang lain. Terdapat banyak perbezaan dari segi Akidah dan Fiqh di antara Syiah dan Ahli Sunnah.

Di antara perbezaan yang paling nyata di dalam Fiqh itu dua perkara:

1. Kahwin Muta’h, iaitu seseorang lelaki dan perempuan yang bersetuju untuk berkahwin dengan tempoh masa dan bayaran tertentu. Syiah menganggapnya halal sedangkan Ahli Sunnah menganggapnya haram (dianggap sebagai zina).
2. Solat Jama’, samaada jama’ Zohor dan Asar atau pun Maghrib dan Isyak, Syiah menjama’kan solat-solat berikut sedangkan Ahli Sunnah tidak menjama’kannya melainkan pada waktu-waktu tertentu.

Di antara perbezaan yang paling nyata di dalam Akidah pula dua perkara:

1. Syiah beri’tiqad imam-imam mereka ma’sum (terpelihara daripada dosa), sedangkan Ahli Sunnah beriktikad hanya para Anbia’ sahaja yang terpelihara daripada dosa.
2. Syiah beri’tiqad bahawasanya Saidina Ali r.a sahajalah sebaik-baik sahabat di kalangan sahabat Nabi s.a.w. dan yang paling layak memegang khilafah berbanding sahabat lain. Sedangkan Ahli Sunnah juga beriktikad denga memuliakan Saidina Ali r.a

mengikut susunan khalifah; Abu Bakar as Siddiq, Umar, Uthman dan Ali r.a. Semua mereka di sisi Ahli Sunnah adalah sebaik-baik sahabat Nabi s.a.w.[2]

Wallahua'alam

Terj: Faiz Tanzizi 2010





[1] Fatawa Dr. Abd Halim Mahmod
[2] Tambahan penyusun : Imam Sya’bi (wafat 103 H) berkata “Tidak pernahku lihat golongan yang lebih bodoh daripada Syiah. Sekiranya mereka binatang berkaki empat tentu mereka keldai dan sekiranya mereka dari kalangan burung tentu mereka ini burung hereng. Yahudi dan Kristian lebih baik dari golongan Rafidhah, dari segi dua sifat mereka iaitu : Jika kamu bertanya kepada orang-orang Yahudi “Siapakah orang-orang yang terbaik di antara penganut-penganut agama kamu ?” Mereka akan menjawab “Sahabat-sahabat Nabi Musa a.s.” Sekiranya kamu bertanya kepada orang-orang Kristian “Siapakah orang-orang yang terbaik di antara penganut-penganut agama kamu ?” Mereka akan menjawab “Hawari (sahabat-sahabat) Nabi Isa a.s.” Tetapi jika kamu bertanya golongan Rafidhah “Siapakah orang-orang yang paling hina dan jahat di antara penganut-penganut agama kamu ?” Mereka akan menjawab “Sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w.” Mereka disuruh supaya beristighfar untuk para sahabat Nabi Muhammad s.a.w tetapi sebaliknya mereka sentiasa mela’nat sahabat-sahabat Nabi s.a.w” (Minhaj as Sunnah jilid 1 hlm 7)

No comments:

Post a Comment