HUKUM MENCIUM AL QURAN[1]
Fatwa Syeikh Abd Hamid Kishk
Soalan
Saya membaca al Quran sebelum tidur sehinggalah saya berhenti apabila
rasa mengantuk, setelah itu saya menciumnya sebanyak tiga kali kemudia saya
meletakkannya di tempatnya. Sebahagian manusia mengataka perbuatan tersebut
adalah haram, apakah pandangan Islam tentang perkara ini ?
Jawapan : Membaca al
Quran adalah di antara sebaik-baik ibadat untuk mendekatkan diri kepada Allah
s.w.t selepas solat fardhu dan meninggalkan perkara haram. Sebaik-baik manusia
itu adalah orang yang mempelajari al Quran dan mengajarnya. Allah s.w.t telah
menjanjikan kepada orang-orang yang membaca KitabNya :
إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنْفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَنْ تَبُورَ
29. Sesungguhnya
orang-orang Yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang
serta mendermakan dari apa Yang Kami kurniakan kepada mereka, secara
bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan Yang demikian)
mengharapkan sejenis perniagaan Yang tidak akan mengalami kerugian;[2]
Banyak hadith menceritakan tentang
kelebihan membaca al Quran dan ganjaran yang besar, yang Allah s.w.t akan
kurniakan kepada mereka yang membaca Kitabnya. Sesungguhnya para sahabat itu
tahu tentang hal ini, oleh kerana demikian lidah mereka sentiasa basah dengan
berzikir kepada Allah s.w.t dan membaca al Quran, kata Abu Hurairah r.a
:
قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ
إِنَّ الْبَيْتَ الَّذِي يُتْلَى فِيهِ الْقُرْآن اتَّسَعَ بِأَهْلِهِ وَكَثُرَ خَيْرُهُ
وَحَضَرَتْهُ الْمَلَائِكَةُ وَخَرَجَتْ مِنْهُ الشَّيَاطِينُ وَإِنَّ الْبَيْتَ
الَّذِي لَايُتْلَى فِيهِ كِتَابُ اللهِ عَزَّ وَ جَلَّ ضَاقَ بِأَهْلِهِ وَقَلَّ
خَيْرُهُ وَخَرَجَتْ مِنْهُ الْمَلَائِكَةُ وَحَضَرَتْهُ الشَّيَاطِينُ
“Sesungguhnya
rumah yang dibaca di dalamnya al Quran, ahlinya akan merasa luas, akan
bertambah kebaikan, di hadiri malaikat dan akan keluar daripadanya syaitan, dan
rumah yang tidak dibaca di dalamnya al Quran pula, ahlinya akan merasa sempit,
semaki kurang kebaikan, keluar daripadanya malaikat dan akan dimasuki oleh
syaitan.”[3]
Ganjaran itu mengikut kadar yang
ia fahami dan hayati serta khusyu’nya hati ketika membaca al Quran dan tidak
adalah pengajaran bagi hati yang lalai.
Di antara adab-adab membaca al
Quran itu adalah dengan mengelokkan bacaan, membaca secara tartil dan
bertajwid, menghadirkan hati dan menghayati apa yang ia baca. Daripada Saidina
Ali r.a :
لَا خَيْرَ فِي عِبَادَةٍ لَا فِقْهَ فِيهَا وَلَا فِي قَرَاءَةٍ
لَا تَدَبُّرَ فِيهَا
“Tidak ada kebaikan pada ibadah
yang tidak ada kefahaman tentangnya dan tidak ada kebaikan di dalam membaca al
Quran jika tidak dihayati”[4]
Tidaklah
mengapa membaca al Quran itu dalam keadaan baring sebelum tidur bahkan ia suatu
perkara yang masyru’ dan mendapat kelebihan. Tidaklah perlu engkau bimbangkan
dan insyaAllah engkau akan mendapat ganjaran yang besar. Dan engkau berhenti
ketika merasa mengantuk adalah suatu perkara yang baik dan mengulang-ngulang
bacaan ketika mengantuk boleh menyebabkan tersalah bacaan. Adapun soalan engkau
apakah haram mencium al Quran maka perbuatan itu tidaklah menjadi suatu
kesalahan insyaAllah, wallhua’alam.
No comments:
Post a Comment