Soalan
Seorang
pelajar ingin keluar berjihad, walaubagaimanapun kedua ibu bapanya
menghalangnya, maka adakah harus dia menyinggung perasaan mereka berdua dengan
pergi berjihad atau dia mesti mentaati mereka dan duduk sahaja ?
Jawapan :
Sesungguhnya jihad itu apabila ia menjadi fardhu ain ke atas setiap mukallaf
yang mampu, maka wajib ke atasnya pergi berjihad, tidak boleh ia duduk walau
apa keadaan. Sekalipun tidak dizinkan oleh kedua ibubapnya atau salah seorang
daripadanya untuk pergi kerana duduk (tidak pergi berjihad) itu adalah maksiat
:
لا طاعة لمخلوق في معصية الله عز و جل
“Tidak ada ketaatan kepada makhluk di dalam melakukan maksiat
kepada khalik”[2]
Apabila
jihad itu menjadi fardhu kifayah, sebahagiannya pergi pun sudah memadai, maka
gugurlah kewajipan yang lain. Pada waktu itu tidak lagi dianggap maksiat bagi
mereka yang tidak pergi berjuang fi sabilillah. Apabila dia pergi juga dalam
keadaan mengecilkan hati kedua ibu bapanya, maka sesungguhnya dia telah
menderhakai mereka. Tidak dapat tidak dia mestilah meminta izin daripada
mereka. Di dalam suatu hadith :
عن أبي العباس الشاعر قال :
سمعت عبد الله ابن عمر يقول :
جاء رجل إلى النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ يستأذنه في الجهاد، فقال: أَحَيٌّ والداك قال نعم. قال: ففيهما فجاهد
Daripada Abu al Abbas berkata aku mendengar Abdullah
Bin Umar berkata, seorang lelaki telah dating kepada Nabi s.a.w meminta izin
untuk pergo berjihad, sabda Nabi s.a.w “Adakah kedua ibu bapa engkau masih
hidup ?” dia menjawab ya ! sabda Nabi s.a.w “Berkhidmatlah pada mereka berdua
kerana itu juga adalah jihad”
Di dalam riwayat Muslim :
ارجع إلى والديك فأحْسِن صُحْبَتَها
“Pulanglah kepada kedua ibu bapa engkau dan
perelokkanlah pergaulan dengan mereka berdua”
Di
dalam riwayat yang lain daripada Abu Daud dan Ibn Hibban :
ارجع فأضحِكهما كما أبكيتهما
“Pulanglah engkau kepada mereka berdua dan bagilah
mereka ketawa sebagaimana engkau bagi mereka berdua menangis”
Yang paling
jelasnya hadith Abu Said daripada Abu Daud dengan lafaz :
ارجع فاستأذنهما فإن أَذِنَا لك فجاهد وإلا فبِرَّ
هُمَا
“Pulanglanglah engkau dan mintalah izin daripada mereka, sekiranya
mereka izinkan maka pergilah berjihad dan jika tidak berkhidmatlah pada mereka
berdua”[3]
قال الحافظ في الفتح: وجمهور العلماء على أنه يُحَرَّمُ الجهاد إذا منع الأبوان أو أحدهما منه بشرط أن يكونا مسلمين؛ لأن بِرَّهُمَا فرض عين، والجهاد فرض كفاية، فإذا تَعَيَّنَ الجهاد فلا إذنَ
Kata
al Hafiz di dalam al Fath :
“Jumhur
ulama’ mengharamkan keluar berjihad, apabila dihalang oleh kedua ibu bapa atau
salah seorang daripadanya dengan syarat mereka adalah Muslim, kerana berbuat
baik kepada mereka berdua adalah fardhu ain, jihad pula adalah fardhu kifayah.
Apabila jihad itu menjadi fardhu ain maka tidak perlu lagi keizinan”
Di
dalam hadith yang lain :
جاء رجل إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فسأله عن أفضل الأعمال قال: الصلاة. قال: ثم
مَهْ؟ قال: الجهاد. قال: فإنَّ لِي والدَينِ. فقال: آمرك بوالديك خيرًا. فقال:
والذي بعثك بالحق نبيًّا لأجاهِدَنَّ ولأَتْرُكَنَّهما. قال: فأنت أعلم
Seorang lelaki telah datang kepada Nabi s.a.w, lalu
bertanya tentang amalan apakah yang paling afdhal, jawab Nabi s.a.w “Solat”
kemudian dia bertanya lagi apa? Jawab Nabi s.a.w : Jihad” dia berkata
“Sekiranya aku mempunyai kedua ibu bapa ? Maka sabda Nabi s.a.w “Aku
perintahkan engkau supaya melakukan kebaikan kepada mereka” Dia berkata “Demi
yang telah mengutuskan engkau dengan kebenaran sebagai Nabi, aku akan pergi
berjihad dan tidak akan sekali-kali meninggalkan mereka berdua” Sabda Nabi s.a.w
“Engkau yang lebih tahu”[4]
قال ابن حزم في المُحَلَّى:
ولا يجوز الجهاد إلا بإذن الأبوين إلا إن نَزَلَ العدو بقوم من المسلمين ففَرْضٌ على كل من يُمْكِنه إعانتهم أن يقصدهم مُغِيثًا لهم، أَذِنَ الأبوان أم لم يَأْذَنَا إلا أن يَضِيعَا أو أحدهما فلا يَحِلُّ له تَرْك من يَضِيعُ منهما
Kata Ibn Hazm
di dalam al Muhalla :
“Tidak harus
keluar berjihad melainkan dengan izin kedua ibu bapa, melainkan setelah musuh
turun menyerang kaum Muslimin, maka ketika itu wajib ke atas kaum Muslimin
membantu mereka, samaada diizinkan atau pun tidak, walaubagaimanapun tidak
boleh mengabaikan kedua ibu bapa”
Wallahua’alam.
No comments:
Post a Comment