PERINGATAN
DARIPADA WAS-WAS SYAITAN[1]
Fatwa Syeikh Hasanain Makhluf
Soalan
Sesungguhnya saya mahu berubah dan taat
kepada Allah. Saya ingin melaksanakan segala suruhanNya. Ketika mana saya mahu
melakukan perubahan, saya terdengar satu suara datang pada saya, melarang akan
tindakan saya ini. Apa yang perlu saya lakukan sekarang ini?
Jawapan: Wahai pemuda!. Lakukan tindakan
yang kamu mahu lakukan. Sesungguhnya, perubahan kebaikan terhadap diri, merupakan
satu tanggungjawab. Ketahuilah, syaitan mengganggu anak Adam itu melalui
saluran darah. Menyuruh melakukan kemungkaran, meragukan perkara yang hak supaya
menjadi batil. Membentuk fitnah pada agama dengan pelbagai cara.
Firman Allah s.w.t :
قَالَ فَبِعِزَّتِكَ لَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ
Iblis berkata: " Demi kekuasaanmu (Wahai
Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya”[2]
Tidaklah berjaya orang mukmin itu dari
kemungkaran melainkkan dia menjadi hamba yang bertaqwa. Berpegang teguh pada
kitab Allah, dan mengikuti kekasihNya, iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Ketahuilah !
Allah tidak pernah menyuruh hambaNya melakukan kemungkaran mahupun sifat
tercela. Akan tetapi, manusia itu sering melakukan dosa, kemudian hendaklah ia bertaubat
kepadaNya. Sebaik-baik taubat itu adalah menyesali segala kesilapan dan tidak
mengulanginya lagi.
Allah s.w.t
menyuruh hambaNya supaya mentaati segala perintahnya, tetapi manusia itu cuai,
leka dan melakukan kesilapan. Allah s.w.t menyuruh hambaNya melakukan perkara
yang benar, tetapi manusia itu suka akan perkara yang salah. Taatilah perintahNya,
semoga Dia memberi petunjuk kepada diri kamu dan ke atas pendampingmu. Cubalah
memahami al Quran, supaya ia boleh membantumu membuat pilihan.
Mohonlah pertolongan padaNya supaya mendapat petunjuk dengan al Quran.
Sentiasalah membacanya dan janganlah engkau duduk melainkan bersama dengan
orang-orang soleh, wallhua’alam.
No comments:
Post a Comment