Friday, 3 May 2013

Maksud "Kalau bukan kerana Muhammad tidaklah Allah menciptakan makhluk"




MAKSUD “KALAU TIDAK KERANA MUHAMMAD TIDAKLAH ALLAH MENCIPTAKAN MAKHLUK”[1]
Fatwa Syeikh Ali Juma'ah

Soalan
Adakah ibarat “Kalaulah tidak kerana Saidina Muhammad s.a.w tidaklah Allah s.w.t menciptakan makhluk” mengandungi makna yang benar dan tidak bertentangan pada dasar-dasar agama serta asas-asas aqidah yang sohih, apakah makna sebenar ibarat ini ?

Jawapan : Asal lafaz-lafaz yang mengalir di atas lisan-lisan orang-orang yang mentauhidkan Allah s.w.t mengandungi makna-makna yang tidak bertentangan pada dasar-dasar Tauhid. Kita tidaklah sepatutnya berlumba-lumba untuk menuduh seseorang Muslim itu kafir, fasiq, sesat atau ahli bida’ah. Sesungguhnya keislamannya itu adalah lambang kekuatan yang wajib ke atas kita supaya tidak menanggung lafaz-lafaznya ke atas maknanya yang zahir yang boleh menghukumnya menjadi kafir atau fasiq. Demikianlah kaedah  yang umum  yang sepatutnya ke atas kaum Muslimin mempraktikkannya pada setiap ibarat-ibarat yang mereka dengar daripada saudara mereka seislam. Kami mendatangkan contoh seperti : Seorang Muslim yang beriktikad bahawa al Masih Isa a.s menghidupkan makhluk yang mati, tetapi dengan izin Allah s.w.t, iaitu baginda tidak mampu melakukan dengan sendirinya, hanyasanya dengan kuasa dan kehendak Allah s.w.t. Orang Masihi beriktikad bahawa bagindalah yang menghidupkan makhluk yang telah mati dalam keadaan dia percaya bahawa baginda menghidupkannya dengan kuasanya sendiri, dan percaya baginda adalah Allah atau anak Allah, atau salah satu unsur Tuhan yang mereka percayai. Kerana itu apabila kita mendengar seseorang Muslim yang mengesakan Allah s.w.t  berkata “Aku beri’tiqad bahawa al Masih Isa menghidupkan makhluk yang mati” dalam kategori yang demikian dia berkata lain daripada maksud golongan Nasrani. Tidak sepatutnya kita menyangka dia telah menjadi Nasrani dengan ucapan ini, bahkan kita menanggungnya dengan makna yang layak dengan nisbah keislamannya dan aqidah tauhidnya.
Adapaun ibarat yang datang kepada kami sebagaimana di dalam soalan maka tidak ada pada zahir dan batinnya yang diwahyukan dengan mana-mana kesyirikan. Sesungguhnya jika seseorang itu beri’tiqad bahawa Allah s.w.t menciptakan makhluk kerana makhluk bukanlah menyebabkan menjadi kufur atau terkeluar daripada agama. Hanyasanya dia hanya beri’tiqad suatu perkara yang menyalahi realiti. Sekiranya dia beri’tiqad begini adalah salah.
Tetapi makna perkataan “Kalaulah tidak kerana Saidana Muhammad s.a.w tidaklah Allah s.w.t menciptakan makhluk” pada kami tidaklah berlawanan pada Islam, dasar aqidah, dan asas-asas Tauhid. Bahkan kami menguatkan lagi ibarat demikian semuanya dan menyokongnya secara khusus apabila difahami dengan bentuk yang sohih, yang akan kami terangkan nanti Insyaallah.
Maka makna perkataan “Kalaulah tidak kerana Saidana Muhammad s.a.w tidaklah Allah s.w.t menciptakan makhluk” adalah bahawasanya Allah s.w.t telah  menyebut di dalam KitabNya  :

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ 
56. Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.[2]

Maka perlaksanaan ibadah itu adalah hikmah penciptaan makhluk, dan ibadah itu pula tidak dapat dilaknakan melaikan dengan orang-orang yang mengabdikan diri kepadaNya. Ibadah adalah suatu sifat yang berdiri pada diri abid. Dan sebaik-baik abid itu adalah Saidina Muhammad s.a.w, baginda adalah sebaik-sebaik contoh ibadah dan Tauhid. Sebagaimana pada ayat yang menceritakan tentang jin dan manusia dan tidak menyebut tentang makhluk seluruhnya. Adapaun makhluk yang lain seperti langit dan bumi adalah makhluk yang dijadikan untuk berkhidmat kepada manusia, firman Allah s.w.t :
 
  
وَسَخَّرَ لَكُمْ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مِنْهُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ 
13. Dan ia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadaNya; Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti.[3]

Saidina Muhammad s.a.w adalah lambang sifat kemanusiaan, bahkan baginda adalah manusia sempurna, Allah s.w.t mengatakan kepadanya :

 يَا أَيُّهَا الْإِنْسَانُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَى رَبِّكَ كَدْحًا فَمُلَاقِيهِ 
6. Wahai manusia! Sesungguhnya Engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian Engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).[4]
Maka ibarat ini dapat disesuaikan dengan dasar-dasar tasyri’ Islami. Nabi s.a.w adalah hamba yang melaksanan hikmah penciptaan makhluk kerana baginda s.a.w adalah contoh Tauhid dan ibadah yang juga menjadi hikmah penciptaan jin dan manusia. Baginda s.a.w adalah manusia yang paling sempurna serta contoh kemanusiaan, yang kerana baginda Allah s.w.t menciptakan segala apa yang ada di langit juga di bumi, wallhua’alam.


Terj: Faiz Tanzizi 2011
[1] Al Bayan lima Yashghulu fil Azhan, Dr. Ali Jum’ah, hlm 151
[2] Surah az Dzariat 56
[3] Surah al Jathiah 13
[4] Surah al Insyiqaq 6

1 comment: