Wednesday, 1 May 2013

Beza antara nafsu dan roh




BEZA DI ANTARA NAFSU DAN ROH[1]
Fatwa Syeikh Ramadhan al Bouty
Soalan
Al Quran ada menyebut tentang nafsu Ammarah dan nafsu Lawwamah tanpa menyebut roh. Adakah di sana terdapat perbezaan  dari segi berjirim dan sebagainya atau kedua-duanya adalah sama ?
Jawapan : Nafsu itu adakalanya datang pada bahasa bermaksud roh, adakalanya bermaksud naluri kehaiwanan yang Allah s.w.t uji kepada manusia. Dan dari segi makna yang kedua ia adalah bagi makna kalimah nafsu yang disebut di dalam al Quran :

وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّي إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَحِيمٌ
  
"Dan tiadalah Aku berani membersihkan diriku; Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."[2]

Wallahua’alam.[3]

Terj: Faiz Tanzizi 2011


[1] Masyuarat Ijtima’iah, Dr. Said Ramadhan al Bouti, hlm 211
[2] Surah yusuf 53
[3] Tambahan penyusun : Di kalangan ulama’ berpendapat :             Ruh adalah jisim yang halus yang wujud di dalam badan yang dinisbahkan kepada perbuatan Tuhan.  Ruh dan hati itu bermaksud dengan makna yang satu iaitu dinamakan Lathiifatul Rabbaniyah. Hakikat sebenar ruh itu tidak diketahui melainkan Allah s.w.t dan para ulama’ yang diberi ilmu tentangnya.                              
Nafsu pula adalah tempat yang menghimpunkan sifat marah, syahwat, dan berhimpun padanya segala sifat tercela dan berhimpun padanya segala jenis maksiat  batin seperti riya’, u’jub dan sebagainya. Inilah yang disuruh oleh Allah s.w.t supaya kita membersihkannya.

No comments:

Post a Comment