HUKUM MEREKA YANG BERKATA MUHAMMAD ITU ADALAH ALLAH[1]
Fatwa Syeikh Abu Zahrah
Soalan
Seorang khatib telah berkhutbah
dengan mengatakan bahawa bagi kaum Muslimin itu ada tiga serangkai yang suci
(trinity), iaitu Adam itu Khalifah Allah, Isa itu Roh Allah, Muhammad itu juga
demikian Roh Allah dan ini adalah suatu juzuk daripada kebenaran. Bagi Kaum
Nasrani pula ada tiga serangkai yang suci (trinity), iaitu Bapa, Anak dan Roh
Suci. Bapa itu adalah Adam Khalifah Allah, Isa itu Roh Allah, Jibril itu juga
Roh Allah dan ini adalah suatu juzuk daripada kebenaran. Kata salah seorang
ulama’ dia telah kafir kerana ucapannya, dan kaum Muslimin dinasihatkan supaya
tidak bersembahyang di belakangnya kerana kekufurannya, apakah hukum ucapan
khatib ini ?
Jawapan : Khatib ini telah kafir kerana
telah mengatakan Muhammad itu adalah Allah sebagaimana kaum Nasrani berkata
tentang Isa. Tidak boleh bersembahyang dibelakangnya dan mestilah dilaporkan
kepada pihak berkuasa supaya diambil tindakan ke atasnya, wallahua’lam.
Terj: Faiz Tanzizi 2010
Terj: Faiz Tanzizi 2010
No comments:
Post a Comment