Wednesday, 1 May 2013

Istikharah




ISTIKHARAH[1]
Fatwa Syeikh Mutawalli as Sya'rawi
Soalan
Berkenaan dengan solat Istikharah, adakah apa yang dilihat oleh seseorang di dalam tidurnya selepas Istikharah itu menunjukkan pilihannya ditolak atau diterima ? 

Jawapan : Sesungguhnya mimpi di dalam tidur bukanlah semestinya datang daripada Istikharah (atau pun keputusan Istikharah melalaui mimpi), tetapi apa yang kita lihat di dalam tidur itu adalah disebabkan kita terlalu memikirkannya.
Istikharah Syar’iah itu ialah apa yang diajar oleh Nabi s.a.w, iaitu dengan menunaikan solat dua rakaat, kemudian berdoa kepada Allah s.w.t dengan doa yang ma’aruf ini :

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ ، وَلاَ أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ ، وَلاَ أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي ، أَوْ قَالَ عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ - فَاقْدُرْهُ لِي وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي ، أَوْ قَالَ فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ  فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِيَ الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ رَضِّنِي بِهِ وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ.

“Ya Allah ! sesungguhnya aku memohon pilihan yang terbaik dariMu dengan ilmuMu, dan aku minta dengan kudratMu, aku mohon daripada kelebihanMu yang agong sesungguhnya Engkau yang menentukan dan tidaklah aku yang menentukan, engkau Maha Mengetahui dan tidaklah aku mengetahui dan Engkaulah Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah ! sekiranya engkau tahu tahu perkara ini baik bagiku, pada agamaku, kehidupanku, akibat urusanku, atau pun akibat di dunia dan akhirat, tentukanlah ia kepadaku. Sekiranya Engkau tahu ia tidak baik pada agamaku, kehidupanku, akibat urusanku, atau pun akibat di dunia dan akhirat, palingkanlah ia daripadaku. Tentulah kebaikan padaku dan redhailah dan sebutkanlah hajat…”[2]

Istikharah tidak perlu melainkan pada perkara yang sama atau serupa yang tidak mampu dipilih oleh seseorang. Istikharah juga tidak perlu pada perkara yang jelas kebaikannya pada sisi syara’. Maka tidak perlulah bagi seseorang untuk mengahwinkan anak perempuannya dengan orang yang tidak beragama. Kalaulah ada dua pemuda yang beragama dan baik yang tidak tahu untuk memilihnya, maka lakukanlah Istikharah pada waktu itu, wallahua’lam.

Terj: Faiz Tanzizi 20110
[1] Fatawa Syeikh Sya’rawi
[2] Riwayat Bukhari (6382)

No comments:

Post a Comment