Wednesday, 1 May 2013

Benarkah iblis akan masuk syurga ?




IBLIS AKAN MASUK SYURGA ?[1]
Fatwa Syeikh Said Ramadhan al Bouty
Soalan
Seorang imam di sebuah masjid telah berkata kepada para jama’ah masjid di dalam suatu pengajian, bahawa Allah s.w.t akan memasukkan Iblis laknatullah ke dalam syurga kerana Allah s.w.t berfirman, "Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat"[2]. Dia berkata sehingga Hari Kiamat sahaja adapun selepasnya tidak ada seorang pun yang mengetahui apa yang akan berlaku. Dia berkata kepada manusia bahawa Allah s.w.t akan merahmati Iblis dan akan memasukkannya ke dalam syurga sebagaimana manusia yang lain yang tidak kekal di dalam neraka, apakah hukum syara’ terhadap perkataan ini?

Jawapan : Setelah Allah s.w.t melaknat Iblis dan mengusirnya daripada rahmatNya, Iblis berkata kepada Allah s.w.t, sebagaimana yang diceritakan oleh Allah s.w.t di dalam al Quran :

قَالَ رَبِّ فَأَنْظِرْنِي إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ
Iblis berkata:" Wahai Tuhanku! jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (hari kiamat)".[3]

Maka Allah s.w.t menjawab permintaannya :

قَالَ فَإِنَّكَ مِنَ الْمُنْظَرِينَ (37) إِلَى يَوْمِ الْوَقْتِ الْمَعْلُومِ 
Allah berfirman: "Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh. Hingga ke hari  atau masa yang termaklum".[4]

Maka dengan itu terlaksanalah janji Allah s.w.t terhadap Iblis dengan laknat dan azab bermula pada Hari Kiamat.
                Beritahu kepada imam masjid itu tidakkah engkau membaca al Quran ? Tidakkah engkau mendengar firman Allah s.w.t :
 
كَمَثَلِ الشَّيْطَانِ إِذْ قَالَ لِلْإِنْسَانِ اكْفُرْ فَلَمَّا كَفَرَ قَالَ إِنِّي بَرِيءٌ مِنْكَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ رَبَّ الْعَالَمِينَ
(Sikap kaum munafik dengan kaum Yahudi) itu samalah seperti (sikap) syaitan ketika ia berkata kepada manusia: "Berlaku kufurlah engkau!" setelah orang itu berlaku kufur (dan tetap terkena azab), berkatalah syaitan kepadanya: "Sesungguhnya aku adalah berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan yang menguasai seluruh alam!"[5]
Wallahua’alam.[6]

Terj: Faiz Tanzizi 2011 



[1] Masyuarat Ijtima’iah, Dr. Said Ramadhan al Bouti, hlm 214
[2] Surah al Hijr 35
[3] Surah al Hijr 36
[4] Surah al Hijr 37, 38
[5] Surah a Hasyr 16
[6] Tambahan penyusun : Iblis berasal daripada golongan jin seperti disebut di dalam al Quran: “Dan (ingatklah peristiwa) tatkala kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam” Lalu mereka sujud melainkan iblis; ia berasal daripada golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya”. Jadi iblis adalah nama jin yang hidup pada masa penciptaan Adam a.s dan tidak mati-mati sampai ke hari ini. Iblis adalah nenek moyang syaitan yang juga mempunyai keturunan, namun keturunannya itu tidak mendapatkan jaminan untuk hidup sampai kiamat. Dan sebagai bangsa jin, ada di antara keturunannya itu yang mati.  Walaubagaimanapun usianya berbeza dengan rata-rata manusia. Tetapi tetap akan mati juga. Kecuali nenek moyang mereka iaitu Iblis.

No comments:

Post a Comment