MEMBUKA
RAHSIA PASANGAN[1]
Fatwa Syeikh Ibrahim al Hafnawi
Soalan
Apakah hukum di sisi syara’ seseorang
yang bercerita kepada orang lain tentang apa yang berlaku di antara dia dan
pasangannya ?
Jawapan : Seseorang
yang bercerita tentang hubungan di antara dia dan pasangannya itu adalah tanda
tidak ada sifat cemburu dan buruknya perasaan. Ia adalah suatu perbuatan yang
keji yang tidak sepatutnya dilakukan. Sesungguhnya telah datang di dalam hadith
yang diriwayatkan oleh Asma’ Binti Yazid,
كانت عند
رسول الله صلى الله عليه و سلم والرجال والنساء قعود عنده فقال لعل رجلا يقول ما
يفعل بأهله ولعل امرأة تخبر بما فعلت مع زوجها فارم القوم فقلت أي والله يا رسول
الله انهن ليقلن وانهم ليفعلون قال فلا تفعلوا فإنما ذلك مثل الشيطان لقي شيطانه
في طريق فغشيها والناس ينظرون
“Bahawa ketika dia
bersama para lelaki dan wanita berkumpul dalam majlis Nabi s.a.w, lalu baginda
bersabda: “Boleh jadi seorang lelaki akan buka rahsia apa yang dilakukan kepada
si isterinya, begitu pula sebaliknya”. Semua berdiam diri, lalu saya berkata:
“Demi Allah wahai Rasulullah sesungguhnya yang demikian itu benar-benar
berlaku”. Lalu Nabi bersabda: “Jangan kamu lakukan sedemikian itu! Perumpamaan
kelakuan demikian samalah seperti seekor syaitan jantan bertemu dengan yang
betina di jalanan, lalu dia berkelakuan tidak senonoh, sedang khalayak ramai
menyaksikan perbuatan tersebut”[2]
Maka hadith ini menunjukkan ke atas
haramnya menceritakan apa yang berlaku di antara suami isteri, kerana asal
perbuatan ini adalah haram.
Begitu juga haram bercerita dengan
berbangga-bangga tentang banyaknya melakukan persetubuhan.
Sebagaimana telah datang di dalam
hadith yang sohih :
إِنَّ مِنْ أَشَرِّ
النَّاسِ عِنْدَ اللَّهِ مَنْزِلَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ الرَّجُلَ يُفْضِى إِلَى
امْرَأَتِهِ وَتُفْضِى إِلَيْهِ ثُمَّ يَنْشُرُ سِرَّهَا
“Sesungguhnya
di antara manusia yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah s.w.t pada Hari
Kiamat kelak adalah, lelaki yang menceritakan aib isterinya pada orang lain”[3]
Memadailah
hadith ini menjadi peringatan bagi mereka yang suka melakukan perkara ini
kerana kedudukannya adalah amat buruk di sisi Allah s.w.t pada Hari Kiamat
kelak, wallhua’alam.[4]
Terj: Faiz Tanzizi 2011
[1]
Fatawa Syari’yyah Mua’sirah, Dr. Muhammad Ibrahim al Hafnawi, hlm 576
[2]
Riwayat Ahmad (27624)
[3]
Riwayat Muslim (3516)
[4]
Tambahan penyusun : Rasulullah s.a.w menggesa agar kedua suami isteri
menjaga rahsia satu sama lain (rahsia tetap rahsia) dan menegaskan ia (buka
rahsia) dari amalan syaitan.
No comments:
Post a Comment