ISLAM SEBELUM KEBANGKITAN NABI
S.A.W[1]
Fatwa Syeikh Yusuf al Qaradhawi
Soalan
Adakah
telah pun wujud Islam sebelum kebangkitan Nabi s.a.w ? Dan adakah Islam dahulu
seperti Islam kita pada hari ini atau pun berbeza?
Jawapan : Islam
ialah menyerahkan wajah dan hati kepada Allah s.w.t. Iaitu mengabdikan diri
kepada Allah dalam keadaan ikhlas kepadaNya.
Sesungguhnya Allah s.w.t telah mengutuskan seluruh para Anbia’ dan
telah menurunkan Kitab seluruhnya. Islam dengan makna ini mengesakan Allah
s.w.t dalam melakukan ibadah keranaNya. Maka Islam adalah agama seluruh para
Anbia’ dan tidak ada agama selainnya. Setiap agama selain daripadanya bukanlah
daripada langit. Tidak pernah diturunkan kitab, dan tidak pernah diutuskan
seorang pun Nabi atau Rasul. Agama Islam adalah agama seluruh para Nabi. Firman
Allah s.w.t: Agama Islam adalah agama seluruh para Nabi. Firman Allah s.w.t:
وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَسُولٍ إِلَّا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدُونِ
“Dan Kami tidak mengutus sebelummu (Wahai
Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa
sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku oleh itu,
beribadatlah kamu kepadaku".[2]
Setiap para
Nabi datang dengan membawa asas dakwah ini iaitu menyembah Allah s.w.t dan
menjauhi taghut. Dari sini Allah s.w.t berfirman bahawa tidak ada agama di sisi
selain Islam:
إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ
“Sesungguhnya agama (yang benar dan
diredai) di sisi Allah ialah Islam”[3]
وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka
tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari
orang-orang yang rugi[4]
Di sini
kita dapati bahawa Nuh a.s itu adalah Syaikhul Mursalin.
فَإِنْ تَوَلَّيْتُمْ فَمَا سَأَلْتُكُمْ مِنْ أَجْرٍ إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَى اللَّهِ وَأُمِرْتُ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْمُسْلِمِينَ
"Oleh itu, jika kamu
berpaling membelakangkan peringatanku, maka tidaklah menjadi hal kepadaku,
kerana aku tidak meminta sebarang balasan daripada kamu (mengenai ajaran agama
Allah yang aku sampaikan itu); balasanku hanyalah dari Allah semata-mata (sama
ada kamu beriman ataupun kamu ingkar); dan Aku pula diperintahkan supaya
menjadi dari orang-orang Islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada
Allah)".[5]
(ingatlah) ketika Tuhannya berfirman
kepadanya: "Serahkanlah diri (kepadaKu wahai Ibrahim)!" Nabi Ibrahim
menjawab: "Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan yang memelihara
dan mentadbirkan sekalian alam". Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan
agama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat
kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah
memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati
melainkan kamu dalam keadaan Islam".[6]
Dan Musa a.s berkata kepada kaumnya:
“Dan Nabi Musa pula berkata (kepada kaumnya): "Wahai
kaumku! kalau sungguh kamu beriman kepada Allah, maka hendaklah kamu berserah
diri kepadaNya, jika betul kamu orang-orang Islam (yang berserah diri
bulat-bulat kepada Allah)".[7]
Dan al
Hawariyun sahabat Isa a.s berkata :
“Maka ketika Nabi Isa merasa (serta
mengetahui dengan yakin) akan kekufuran dari mereka (kaum Yahudi), berkatalah
ia:" siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah
(dengan menegakkan agamaNya)?". orang-orang "Hawariyyuun"
(Penyokong-penyokong Nabi Isa) berkata: "Kamilah penolong-penolong
(utusan) Allah. Kami telah beriman kepada Allah, dan saksikanlah (Wahai Nabi
Allah) Sesungguhnya kami ialah orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat
kepada Allah)”.[8]
Dan ahli sihir Firaun ketika mereka beriman berkata:
(Mereka berdoa): "Wahai
Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam
keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)".[9]
Dan
Sulaiman a.s ketika mengutuskan utusan kepada Balqis:
"janganlah kamu meninggikan diri
terhadapku, dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri (beriman dan
mematuhi ajaran ugama Allah).[10]
Maka Islamlah agama seluruh para Nabi, setiap mereka menyeru kepada
Islam. Dan Islam jugalah yang diutuskan kepada Nabi s.a.w sebagai penutup agama
ini. Datang untuk menyempurnakan, melengkapkan dan mensohihkan tanpa sebarang
penyelewengan, penambahan dan kekurangan. Sabda Nabi s.a.w:
إِنَّمَا بُعِثْتُ لأُتَمِّمَ مَكَارِمَ الأَخْلاَقِ
“Sesungguhnya aku diutuskan
untuk menyempurnakan kemulian akhlak”[11]
Apa yang dikatakan tentang Ibrahim a.s
sesungguhnya baginda adalah Yahudi atau Nasrani berpandukan ayat:
Bukanlah Nabi Ibrahim itu
seorang pemeluk agama Yahudi, dan bukanlah ia seorang pemeluk agama Kristian,
tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorangMuslim (yang
taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah), dan ia pula bukanlah dari
orang-orang musyrik.[12]
Sesungguhnya
Nabi Ibrahim a.s adalah pembawa ajaran yang hanif. Iaitu agama Islam yang
dibawa oleh seluruh para Anbia’.
Firman Allah:
“Allah telah menerangkan kepada kamu - di
antara perkara-perkara agama yang ia tetapkan hukumNya - apa yang telah
diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu
(Wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan
Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: "Tegakkanlah pendirian agama, dan
janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya". berat bagi
orang-orang musyrik (untuk menerima agama Tauhid) yang Engkau seru mereka
kepadaNya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk
menerima agama Tauhid itu, dan memberi hidayahpetunjuk kepada agamanya itu
sesiapa yang rujuk kembali kepadanya (dengan taat).[13]
Maka Islam adalah menghimpunkan seluruh iktiqad, akhlak dan
kelebihan-kelebihan yang dibawa datang oleh seluruh para Nabi a.s. Dan
dasar-dasar pengharaman yang dilarang oleh para Nabi a.s. Di sana terdapat
pelbagai syariat furu’ yang berbeza. Perbezaan ini di sebabkan berbezanya
zaman, masa, suasana dan generasi, sebagaimana firman Allah s.w.t:
“Dan Kami turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al
Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab suci
yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya, maka
jalankanlah hukum di antara mereka(Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah
diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah Engkau mengikut kehendak hawa
nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari
kebenara, bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan)
suatu syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau
Allah menghendaki nescaya ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam
agama yang satu), tetapi ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang
telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan
(beriman dan beramal soleh), kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya,
maka ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.”[14]
Sebahagian syariat yang datang sekarang menghalalkan apa yang pernah
diharamkan dahulu, seperti firman Allah s.w.t:
"Dan juga (aku datang kepada kamu
ialah untuk) mengesahkan kebenaran Kitab Taurat yang diturunkan dahulu
daripadaku, dan untuk menghalalkan bagi kamusebahagian (dari perkara-perkara)
yang telah diharamkan kepada kamu; dan juga aku datang kepada kamu dengan
membawa satu mukjizat dari Tuhan kamu. Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah
dan taatlah kepadaKu.”1
Maka
setelah datang syariat Islam ia telah menasakhkan seluruh syariat yang
terdahulu dan mengekalkan sebahagian di antaranya. Di mana syariat ini adalah
secara umum, kekal, baik serta sesuai bagi setiap zaman dan tempat,
wallhua’alam.
Terj: Faiz Tanzizi 2010
[1] Fatwa
Mua’sirah, Dr Yusuf al Qardhawi jld 1 hlm 180
[2]
Surah al Anbiya’ 25
[3]
Surah Ali Imran 19
[4]
Surah Ali Imran 85
[5]
Surah Yunus 72
[6]
Surah al Baqarah 131-132
[7]
Surah Yunus 84
[8]
Surah Ali Imran 52
[9]
Surah al A’raf 126
[10]
Surah an Namlu 31
[11] Riwayat
Baihaqi (21301)
[12]
Surah Ali Imran 67
[13]
Surah as Syura 13
[14]
Surah al Maidah 48
No comments:
Post a Comment