MELAKUKAN SEMBELIHAN KETIKA MENDUDUKI RUMAH BARU[1]
Fatwa Syeikh Yusuf al Qaradhawi
Soalan
Sebahagian
manusia menyangka apabila menduduki rumah baru, kita mestilah menyembelih
kambing atau binatang dan sebagainya, sekiranya kita tidak melakukan, jin akan
tingal dan menyakitinya, adakah ini benar ?
Jawapan
: Ramai di kalangan manusia yang
mengisbatkan tentang jin dengan berlebihan dan ada di kalangan mereka langsung
menafian kewujudan jin. Maka mereka yang mengingkari dan menafikan kewujudan
alam ini sehingga tidak beriman melainkan dapat melihatnya adalah melampau.
Dan mereka
yang mengisbatkan yang jin itu memasuki mereka pada kecil dan besar, jin itu
berada di kepala-kepala mereka dan berada di setiap tangga anak pintu, jin itu
berada di setiap tempat sehingga mereka menggambarkan seolah-olah jin itu
memerintah alam, maka ini juga dikira melampau. Islam itu adalah sederhana. Ia
datang dan mengakui hakikat kewujudan jin dan alam mereka. Banyak ayat-ayat al
Quran dan Sunnah menyatakan jin itu wujud dan kewujudan mereka itu tidak ada
keraguan lagi.
Adapun
mereka yang mempercayai bahawa jin itu memiliki kekuasaan dan memberi kesan
pada alam ini, sehingga mereka menduduki rumah yang baru jika mereka tidak
membuat upacara penyembelihan mereka akan diganggu. Maka kepercayaan ini tidak
ada wahyunya. Begitu juga tentang perkara-perkara ghaib yang lain kita tidak
akan dapat mengetahuinya melainkan apa yang diberitahu oleh Nabi s.a.w. Oleh
itu apa yang tidak warid di dalam agama dan tidak ada asal baginya tidak
perlulah dipercayai dan diiktibar sebagai agama.
Dan pendapat
yang mengatakan mestilah melakukan upacara penyembelihan untuk memasuki rumah
baru kerana bimbang diganggu jin, itu adalah tidak ada asasnya. Sembelihan itu
adalah telah ma’aruf di dalam Islam dan berkaitan dengan sesuatu sempena
seperti ketika Hari Raya Qorban dan ketika kelahiran bayi, wallahua’lam.
Terj: Faiz Tanzizi 2010
No comments:
Post a Comment