Tuesday, 30 April 2013

Adakah roh dikembalikan ke dalam jasad selepas mati ?




SOALAN DI DALAM KUBUR[1]
Fatwa Syeikh Hasanain Makhluf

Soalan                                                                       
Adakah soalan di dalam kubur itu tsabit ? Dan adakah roh dikembalikan ke dalam jasad selepas mati ?

Jawapan : Soalan di dalam kubur bagi orang yang beriman atau pun kafir adalah benar. Ni’mat dan azab kubur juga benar. Roh pula akan di kembalikan ke dalam jasad selepas mati disiksa mengikut kadar yang mampu mayat memahami soalan dan menjawabnya.

Ia adalah sejenis kehidupan yang lain tetapi bukan seperti kehidupan dunia. Kehidupan ini telah pun ditsabitkan oleh Nabi s.a.w.

Di dalam suatu hadith daripada Said al Khudri berkata :

 كنا مع النبي صلى الله عليه وسلم  في جنازة فقال:"أيها الناس إن هذه الأمة تُبتلَى في قبورها، فإذا الإنسان دُفن وتفرَّق عنه أصحابه جاءه ملك بيده مطراق فأقعده فقال: ما تقول في هذا الرجل؟ فإذا كان مؤمنًا قال: أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدًا عبده ورسوله. فيقول له: صدقت. فيفتح له باب إلى النار فيقال له: هذا منزلك لو كفرت بربك، فأما إذ آمنت فإن الله أبدلك به هذا. ثم يفتح له باب إلى الجنة فيريد أن ينهض له فيقال له: اسكن. ثم يفسح له في قبره.وأما الكافر ومثله المنافق فيقال له: ما تقول في هذا الرجل؟ فيقول: لا أدري. فيقال له: لا دَريت ولا اهتديت. ثم يُفتح له باب إلى الجنة فيقال له: هذا منزلك لو آمنت بربك، فأما إذ كفرت فإن الله أبدلك به هذا. ثم يُفتح له باب إلى النار، ثم يقمعه الملك بالمطراق قمعًا يسمعه خلق الله كلهم إلا الثَّقَلَيْن" فقال بعض أصحابه: يا رسول الله، ما منا من أحد يقوم على رأسه ملك بيده مطراق إلا هيل عند ذلك‍! فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (يُثبِّتُ اللهُ الذين آمنوا بالقولِ الثابتِ في الحياةِ الدنيا وفي الآخرةِ ويُضلُّ اللهُ الظالمين ويفعلُ اللهُ ما يشاء).

Pernah suatu ketika kami bersama Nabi s.a.w dengan satu jenazah, lalu Nabi s.a.w bersabda  Wahai sekalian manusia, sesungguhnya umat ini akan diuji dalam kuburnya. Jika seseorang telah dikuburkan dan orang yang menghantarnya telah meninggalkannya, maka dia didatangi oleh malaikat yang di tangannya ada palu, lalu mendudukkannya dan bertanya: Apa pendapatmu tentang orang ini ? Jika dia seorang mukmin maka dia mengatakan: Aku bersaksi bahwa tidak ada yang berhak disembah melainkan Allah Subhanahu wa Ta’ala semata, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah hamba dan RasulNya.’ Maka malaikat itu berkata kepadanya: ‘Engkau benar.’ Maka dibukakan baginya pintu menuju neraka, lalu dikatakan kepadanya: ‘Ini tempatmu jika sekiranya engkau kafir kepada Rabbmu. Adapun jika engkau beriman kepadaNya, maka sesungguhnya Allah telah menggantikanmu dengan yang ini’, lalu dibukakan baginya pintu menuju surga. Maka dia pun ingin segera beranjak ke sana, maka dikatakan kepadanya: ‘Diamlah,’ lalu diluaskan kuburannya. Adapun orang yang kafir atau munafik maka dikatakan kepadanya: ‘Apa pendapatmu tentang orang ini?’ Maka dia menjawab: ‘Aku tidak tahu!’ Maka dikatakan kepadanya: ‘Kamu tidak tahu dan tidak berusaha untuk mengetahui serta tidak mendapatkan hidayah!’ Lalu dibukakan baginya pintu menuju surga lalu dikatakan kepadanya: ‘Ini tempatmu jika sekiranya engkau beriman kepada Rabb-mu. Adapun di saat engkau kafir kepadanya, maka Allah menggantinya dengan yang ini, lalu dibukakan baginya pintu menuju neraka.’ Lalu malaikat itu memukulnya dengan palu dengan pukulan yang didengar oleh seluruh makhluk Allah kecuali jin dan manusia.” Sebagian sahabat bertanya kepada beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam: “Wahai Rasulullah, apakah setiap kami yang jika malaikat yang di tangannya ada palu berdiri di sisi kepalanya akan dipukulkan ketika itu?” Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab dengan menyebut firman Allah s.w.t : “Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan memperbuat apa yang Dia kehendaki.”[2]
Sabda Nabi s.a.w :

إِنَّ الْمَيِّتَ إِذَا وُضِعَ فِى قَبْرِهِ إِنَّهُ لَيَسْمَعُ خَفْقَ نِعَالِهِمْ إِذَا انْصَرَفُوا

“Sesungguhnya mayat itu apabila diletakkan ke dalam kubur, dia mendengar bunyi tapak kasut setelah mereka pulang”[3]

Dalam hadith yang lain :

إن الميت ليسمع خفق نعالهم حين يولُّون عنه مدبرين

“Sesungguhnya mayat itu mendengar bunyi hentakan kasut apabila orang-orang yang menghantarnya pulang”[4]

Sesungguhnya roh orang yang beriman selepas soal jawab akan dijadikan di dalam nafas yang wangi iaitu burung hijau yang bergantungan di pohon-pohon syurga, firman Allah s.w.t :


 يُثَبِّتُ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ
Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh.”[5]

Wallahua’alam.

Terj: Faiz Tanzizi 2011


[1] Fatawa Syeikh Hasnain Muhammad Makhluf
[2] Riwayat Ahmad (11013)
[3] Riwayat Muslim (7396)
[4] Riwayat Ahmad (9740)
[5] Surah Ibrahim 27

No comments:

Post a Comment