Tuesday, 30 April 2013

Dibangkitkan roh serta jasad




DIBANGKITKAN ROH SERTA JASAD[1]
Fatwa Syeikh Abu Zahrah

Soalan
Adakah menjadi kafir mereka yang berkata dibangkitkan di akhirat kelak dengan roh sahaja ?

Jawapan : Sesungguhnya al Quran jelas menyatakan tentang hari kebangkitan, zahirnya al Quran menunjukkan dibangkitkan dengan jasad sekali sebagaimana firman Allah s.w.t :

كَمَا بَدَأَكُمْ تَعُودُونَ 

“Sebagaimana ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya)”.[2]

Dan tidaklah dianggap kafir orang yang berkata dibangkitan pada hari kebangkitan kelak dengan roh sahaja, dan berlanggar dengan zahir al Quran atau menafikanya, wallahua’lam.

Terj: Faiz Tanzizi 2010


[1] Fatawa Syeikh Muhammad Abu Zahrah
[2] Surah al A’raf 29

No comments:

Post a Comment