Kematian jin[1]
Fatwa Syeikh A’tiah Saqar
Soalan
Di dalam al Quran menceritakan bahawasanya
Allah s.w.t menangguhkan kematian iblis sehinggalah Hari Qiamat, maka adakah
zuriatnya juga demikian tidak mati kerana ditangguhkan ?
Jawapan : Allah
s.w.t berfirman ketika mana mengusir iblis daripada syurga :
قَالَ رَبِّ فَأَنْظِرْنِي إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ (79) قَالَ فَإِنَّكَ مِنَ الْمُنْظَرِينَ (80) إِلَى يَوْمِ الْوَقْتِ الْمَعْلُومِ
79. Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! jika demikian, berilah
tempoh kepadaKu hingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat) ".
80. Allah berfirman: " Dengan permohonanmu itu, maka Sesungguhnya
Engkau dari golongan Yang diberi tempoh -
81. " hingga ke hari masa Yang termaklum ".[2]
Di dalam ayat lain juga menunjukkan bahawasanya iblis tidak akan mati
sehinggalah Hari Qiamat ketika matinya semua makhluk yang hidup.
لَقَدْ سَمِعَ اللَّهُ قَوْلَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ فَقِيرٌ وَنَحْنُ أَغْنِيَاءُ سَنَكْتُبُ مَا قَالُوا وَقَتْلَهُمُ الْأَنْبِيَاءَ بِغَيْرِ حَقٍّ وَنَقُولُ ذُوقُوا عَذَابَ الْحَرِيقِ
181. Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang
(Yahudi) Yang mengatakan: bahawasanya Allah miskin dan Kami ialah orang-orang
kaya. Kami (Allah) akan menuliskan perkataan mereka itu dan perbuatan mereka
membunuh Nabi-nabi Dengan tidak ada alasan Yang membenarkannya, dan Kami akan
katakan kepada mereka: "Rasalah kamu azab seksa Yang sentiasa membakar [3]
‘
كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ (26) وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَام
26. Segala Yang ada di muka bumi itu akan binasa:
27. Dan akan kekalah zat Tuhanmu Yang mempunyai kebesaran dan
Kemuliaan[4]
Adapun zuriat iblis (jin) mereka mati sebagaimana matinya anak Adam
dan setiap ajal yang panjang atau pun pendek :
1.Sesungguhnya tidak terdapat
dalil mereka semua ditangguhkan kematian seperti iblis, maka benarlah ke atas
mereka apa yang benar ke atas setiap makhluk hidup yang lain.
2.Firman Allah s.w.t tentang
kuffar :
أُولَئِكَ الَّذِينَ حَقَّ عَلَيْهِمُ الْقَوْلُ فِي أُمَمٍ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِمْ مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ إِنَّهُمْ كَانُوا خَاسِرِينَ
18. Mereka (yang ingkar derhaka seperti itu) ialah orang-orang
Yang tetap menerima hukuman (azab) bersama-sama Dengan umat-umat Yang terdahulu
daripada mereka - dari kalangan jin dan manusia; kerana Sesungguhnya mereka
telah menyebabkan diri mereka menjadi orang-orang Yang rugi.[5]
Maka di sana terdapat umat-umat terdahulu di kalangan jin dan manusia,
semuanya mati.
4.Di dalam hadith ada menceritakan bahawasanya jin itu mati dan
dikebumikan dan sebahagian mereka pernah bertemu dengan Nabi s.a.w.
5.Terdapat juga athar yang menceritakan bahawasanya Ibnu Abbas pernah
ditanya tentang kematian jin lalu beliau menjawab “mereka semua mati melainkan
iblis”.
Wallahua'alam.
Terj: Faiz Tanzizi 2010
No comments:
Post a Comment