TUJUAN BERSELAWAT
KE ATAS NABI S.A.W1[1]
Fatwa Syeikh Mutawalli as Sya’rawi
Soalan Mengapakah kita berselawat kepada Nabi
s.a.w ?
Jawapan : Sesungguhnya Allah s.w.t telah
memerintahkan hamba-hambanya supaya berselawat dan mengucapkan salam ke atas
Nabi s.a.w dengan berfirman :
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
“Sesungguhnya
Allah dan malaikatNya berselawat (memberi Segala penghormatan dan kebaikan)
kepada Nabi (Muhammad s.a.w); Wahai orang-orang Yang beriman berselawatlah kamu
kepadanya serta Ucapkanlah salam sejahtera Dengan penghormatan Yang
sepenuhnya”.[2]
Solat dari
segi bahasa bermaksud doa dan dari segi istilah pula ialah perkataan-perkataan
yang khusus yang dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam. Seseorang itu
tidak akan berdoa melainkan pada orang yang dia sukakan kebaikan padanya.
Kerana itulah selawat daripada Allah s.w.t bermaksud memberi rahmat dengan
segera kerana Allah s.w.t tidak meminta kepada seseorang untuk memberi tetapi
Dialah yang memberi dan sentiasalah demikian. Sesungguhnya doa Allah adalah
memberi rahmat. Makna “Dia yang berselawat ke atas kamu” bermaksud Dia
merahmati kamu. Doa malaikat pula bermaksud doa yang makbul kerana doa mereka
adalah doa yang suci yang tidak pernah melakukan maksiat. Firman Allah s.w.t :
إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَهُمْ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
“Sesungguhnya doamu
itu menjadi ketenteraman bagi mereka. dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi
Maha mengetahui.”[3]
Iaitu berdoalah kepada Allah s.w.t untuk umatmu, kerana doa Nabi s.a.w
bagi umatnya adalah ketenangan bagi mereka. Adapun selawat kita ke atas Nabi
s.a.w bukanlah menuntut kebaikan kepada baginda s.a.w tetapi adalah kebaikan
untuk diri kita sendiri kerana segala kebaikan yang diberikan kepada Nabi s.a.w
kembali kepada umatnya.
Apabila kita berselawat ke atas Nabi s.a.w maka Allah s.w.t memberikan
sepuluh kebaikan kepada kita. Ketika mana kita meminta kepada baginda s.a.w
syafaat dan kedudukan yang terpuji, sebenarnya kita kita memohon untuk diri
kita. Kerana dengan kedudukan ini kita akan diberi syafaat dan kebaikan di
akhirat kelak. Kerana itula apabila kita berdoa kepada Nabi s.a.w seolah-olah kita
berdoa pada diri kita sendiri, wallahua’lam.
Terj: Faiz Tanzizi 2010
No comments:
Post a Comment