HUKUM SOLAT DITEMPAT
HIBURAN[1]
Fatwa Syeikh Abd Hamid Kishk
Soalan
Apakah harus bersembahyang raya di tempat hiburan kerana
ruang masjid yang sempit ?
Jawapan : Imam Abu Hanifah
dan Ahmad Bin Hanbal berpendapat sunat sembahyang raya di padang. Imam Malik
dan Syafei pula mengatakan sunat sembahyang raya di masjid kerana kemuliannya
melainkan terpaksa seperti ruang masjid yang sempit sehingga bersesak-sesak,
pada waktu itu sunat menunaikannya di padang.
Kembali
kepada soalan adakah harus bersembahyang di tempat-tempat yang ramai manusia
melakukan kemungkaran ? Sesungguhnya bersembahyang di tempat-tempat syaitan
atau tempat-tempat maksiat itu adalah makroh dengan ittfaq seperti
tempat-tempat arak, bar, pub dan sebagainya. Kata Imam an Nawawi “Sesungguhnya
bersembahyang di tempat-tempat demikian selagi tidak terkena najis pada badan
atau pakaian maka sah sembahyangnya tetapi makroh” Wallhua’alam.
Terj: Faiz Tanzizi 2012
No comments:
Post a Comment