MAKHLUK PERTAMA
YANG DICIPTAKAN ALLAH S.W.T[1]
Fatwa Syeikh Yusuf al Qaradhawi
Soalan
Adakah Nabi s.a.w makhluk pertama yang diciptakan Allah s.w.t dan
benarkah baginda s.a.w diciptakan daripada cahaya?
Jawapan : Sebagaimana yang diketahui hadith-hadith
yang datang menceritakan tentang makhluk pertama yang diciptakan sekian…sekian
adalah tidak sohih sebagaimana yang dinyatakan oleh ulama’ ahli sunnah. Kami
juga mendapati sebahagiannya berlawanan di antara satu sama lain. Di antaranya
hadith yang berbunyi, “Sesungguhnya
makhluk yang pertama diciptakan Allah s.w.t adalah aqal” hadith yang lain “adalah qalam”. Telah pun tersebar di khalayak ramai
tentang apa yang dibaca daripada kisah-kisah maulid bahawasanya Allah s.w.t
menggenggam nurnya lalu berkata “Jadilah engkau Muhammad” maka ia adalah makhluk pertama yang diciptakan Allah s.w.t. Dan
tersebar juga perkataan mereka “Selawat dan salam ke atas engkau wahai yang pertama yang
diciptakan Allah”.
Semua kalam ini adalah tidak sohih
dinaqalkan, tidak diakui oleh aqal dan tidak membantu agama serta tidak
membangunkan dunia. Apa yang utamanya
Allah s.w.t memujinya dengan kelebihannya yang cukup agong, sebagaimana
firmanNya:
وَإِنَّكَ لَعَلَى خُلُقٍ عَظِيمٍ
“Dan sesungguhnya
engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.”[2]
Dan yang thabitnya, Nabi s.a.w adalah Muhammad Bin Abdullah Bin Abd
Mutalib al Hasyimi al Qurasyi yang dilahirkan daripada kedua ibu bapanya,
Abdullah Bin Abd Mutalib dan Aminah Binti Wahab di Makkah pada tahun Gajah.
Dilahirkan sebagaimana manusia lain dilahirkan. Hidup sebagaimana manusia lain
hidup. Diutuskan sebagaimana rasul-rasul lain diutuskan dan diwafatkan oleh
Allah s.w.t. FirmanNya:
إِنَّكَ مَيِّتٌ وَإِنَّهُمْ مَيِّتُونَ
“Sesungguhnya engkau (Wahai
Muhammad) akan mati, dan sesungguhnya mereka juga akan mati.”[3]
Dan akan ditanya sebagaimana rasul-rasul lain ditanya.
يَوْمَ يَجْمَعُ اللَّهُ الرُّسُلَ فَيَقُولُ مَاذَا أُجِبْتُمْ قَالُوا لَا عِلْمَ لَنَا إِنَّكَ أَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ
(ingatlah) hari
(kiamat Yang padanya) Allah menghimpunkan Rasul-rasulNya lalu bertanya:
"Apakah penerimaan Yang diberikan kepada kamu (oleh umat-umat kamu dahulu,
ketika kamu menyampaikan seruan ugama Allah)?" Rasul-rasul itu menjawab: "Tidak
ada bagi Kami pengetahuan Yang sah tentang itu, (pengetahuan Yang tepat adalah
tertentu bagiMu), kerana Sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha mengetahui
akan Segala perkara Yang ghaib"[4]
Sesungguhnya al Quran telah menguatkan sifat kemanusian Muhammad
s.a.w, dan memerintahkannya supaya menyampaikannya kepada manusia. Firman Allah
s.w.t:
قُلْ سُبْحَانَ رَبِّي هَلْ كُنْتُ إِلَّا بَشَرًا رَسُولًا
Katakanlah (Wahai
Muhammad):" Maha suci Tuhanku! Bukankah Aku ini hanya seorang manusia Yang
menjadi Rasul?”[5]
Maka jelas
baginda s.a.w adalah manusia seperti sekalian manusia yang lain tidak berbeza
melainkan diberikan wahyu dan kerasulan. Nabi s.a.w menguatkan makna kemanusian
dan penghambaannya kepada Allah s.w.t dan menngingatkan mereka daripada terlalu
menyanjunginya.
لاَ تُطْرُونِي كَمَا أَطْرَتِ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدُهُ فَقُولُوا عَبْدُ اللهِ وَرَسُولُه
“Janganlah kamu terlalu menyanjungku sebagaimana orang-orang
Nasrani terlalu menyanjung Isa Ibn Maryam, hanyasanya aku adalah hamba Allah,
maka sebutlah hamba Allah dan RasulNya”[6]
Apabila
Nabi s.a.w adalah manusia seperti manusia lain, maka baginda bukanlah makhluk
daripada cahaya dan juga bukan daripada emas. Sesungguhnya Nabi s.a.w adalah
tercipta daripada air yang yang keluar dari "tulang sulbi" lelaki dan
"tulang dada" perempuan. Adapun risalah dan hidayahnya adalah cahaya
daripada Allah s.w.t serta cahaya yang menerangi. Firman Allah s.w.t:
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ
إِنَّا أَرْسَلْنَاكَ شَاهِدًا وَمُبَشِّرًا وَنَذِيرًا (45) وَدَاعِيًا
إِلَى اللَّهِ بِإِذْنِهِ وَسِرَاجًا مُنِيرًا
Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi
(terhadap umatmu), dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman)
serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar).Dan juga sebagai penyeru
(umat manusia seluruhnya) kepada agama Allah dengan taufiq yang diberiNya; dan
sebagai lampu yang menerangi.[7]
Sesungguhnya
Nabi s.a.w telah berdoa:
اللَّهُمَّ اجْعَلْ فِي قَلْبِي نُورًا وَفِي بَصَرِي نُورًا وَفِي سَمْعِي نُورًا وَعَنْ يَمِينِي نُورًا وَعَنْ يَسَارِي نُورًا وَفَوْقِي نُورًا وَتَحْتِي نُورًا وَأَمَامِي نُورًا وَخَلْفِي نُورًا وَاجْعَلْ لِي نُورًا
“Ya Allah ! jadikanlah di hatiku cahaya, penglihatanku
cahaya, pendengaranku cahaya, dan dari kananku cahaya, dari kiriku cahaya,
atasku cahaya, di bawahku cahaya, di hadapanku cahaya, di belakangku cahaya dan
jadikanlah aku cahaya penerang”[8]
Bagindalah
Nabi pembawa cahaya dan Rasul pembawa petunjuk. Semoga Allah s.w.t menjadikan
kita di kalangan hamba-hambanya yang diberi petunjuk dengan cahayaNya.
Amin…Wallahua’lam.
Terj: Faiz Tanzizi 2010
No comments:
Post a Comment