MENGHUKUM BID’AH
KE ATAS PERSOALAN KHILAFIAH
ATAU YANG
DITETAPKAN OLEH HADITH DHAIF[1]
Fatwa Syeikh Abd Malik as
Sa’adi
Soalan
Adakah boleh dilabelkan perkataan
bid’ah ke atas perkara yang thabit melalui hadith dhaif atau pesoalan yang
wujud perselisihan hukumnya di kalangan para ulama’ ?
Jawapan : Termasuk di
dalam kesalahan yang nyata, apabila menetapkan hukum sebagai bid’ah ke atas
perkara yang ulama’ tidak sepakat ke atasnya dari sudut tsabitnya dan
ketiadaannya atau dari sudut kuat atau lemah dalilnya. Begitu juga pada perkara
yang ditetapkan oleh hadith yang dianggap dhaif oleh para ulama’ hadith.
Kerana dengan
label tersebut menyebabkan kita menghukum para sahabat dan generasi salafus
soleh selepas mereka sebagai pembawa bid’ah, kerana seorang mujtahid itu akan
menganggap ijtihadnya lebih kuat hujahnya daripada ijtihad orang lain.
Contohnya,
Saidatina A’isyah r.a pernah berselisih pendapat dengan Ibn Abbas r.a pada satu
hukum yang ditetapkan oleh Ibn Abbas r.a sedangkan A’syah menolaknya, maka
sudah tentu setiap mereka bid’ah membid’ah sesama mereka dan seterusnya akan
menyebabkan para fuqaha’ akan sesat menyesatkan sesama mereka. Tetapi semua ini
tidak pernah berlaku.
Tidak pernah
berlaku dalam sejarah bahawa seorang di kalangan fuqaha’ melemparkan tuduhan
bid’ah kepada yang lain, tetapi yang berlaku adalah yang sebaliknya. Sebab itu,
setiap mazhab tidak mewajibkan umat Islam berpegang dengan ijtihadnya dalam
sesuatu masalah, tetapi mereka hanya dapat menggalakkan pengamalannya sahaja.
Isyarat di
atas membuktikan bahawa para fuqaha’ sentiasa hormat-menghormati ijtihad yang
dikeluarkan sesama mereka. Sebagai contohnya, pada Abu Hanifah menyentuh wanita
yang bukan muhrim tidak membatalkan wudhuk, tetapi beliau mengatakan disunatkan
berwudhuk selepas tersentuh untuk mengelak daripada khilaf oleh mereka yang
mewajibkannya mengambil wuduk.
Demikian juga
keadaannya pada perkara yang ditetapkan berpandukan hadith yang dhaif. Tidak
boleh juga menghukumnya sebagai bid’ah, kerana hukum memang thabit secara umum,
tetapi lemah yang berlaku ialah pada sanad hadith yang mungkin disebabkan
kecacatan pada rawi hadith atau kecacatan yang berlaku pada matannya. Itulah
yang menjadikan hadith tersebut itu dhaif, dan adakalanya hadith itu benar pada
realitinya.
Sekiranya kita
mendapati setengah ulama’ mengeluarkan hukum sebagai bid’ah pada perkara
tersebut, dia bukanlah bermaksud bid’ah pada sudut syariat, tetapi dari sudut
bahasa.
Wallahua’alam.
[1] Al
Bid’ah fil Mafhum al Islami ad Daqiq (Himpunan Fatwa Dr Abd Malik as
Sa’adi), edisi terjemahan hlm 20
No comments:
Post a Comment