Friday, 26 April 2013

Maksud Allah turun ke langit dunia






Maksud Allah turun ke langit dunia[1]
Fatwa Syeikh A’tiah Saqar 

Soalan :
Terdapat hadith-hadith yang menceritakan bahawa Allah s.w.t itu turun ke langit dunia untuk mendengar doa hamba-hambaNya yang memohon keampunan dan rezeki, bagaimanakah Allah s.w.t turun, adakah Allah s.w.t itu bertempat untuk turun daripadanya?

Jawapan : Hadith yang berkenaan berbunyi :

يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ يَقُولُ : مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ.


“Tuhan kita Tabaraka wa Taala turun pada setiap malam ke langit dunia ketika akhir satu pertiga malam dengan berkata sesiapa yang berdoa kepadaku nescaya ku perkenankan, sesiapa yang memohon kepada ku nescaya ku beri, dan sesiapa yang memohon keampunan kepada Ku nescaya ku akan ampunkan” [2]

Kaum Muslimin terbahagi kepada dua kelompok dalam memahami ayat ini. Satu kelompok yang dinamakan sebagai salaf dan satu kolompok lagi dikenali sebagai khalaf.
Maka kelompok yang pertama beriman dengan zahir ayat tersebut bahawasanya Allah s.w.t itu turun ke langit dunia sebagaimana layak dengan zatNya, jauh daripada menyerupai makhluk berpandukan firmanNya:
  
  لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

“Tidak ada sesuatu pun yang seumpama zat dan sifat Allah s.w.t dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat”[3]


Dan dari kelompok yang lain (khalaf) memahaminya dengan maksud yang lain seperti dengan makna dekat, rahmat, dan cepat mengabulkan doa. Demikian jugalah mereka mentafsirkan kalimah Yad dan A’in pada ayat:

 يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ

“Tangan Allah (kuasa) Allah s.w.t itu mengatasi tangan-tangan mereka”[4]

وَأَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةً مِنِّي وَلِتُصْنَعَ عَلَى عَيْنِي
“dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan mataku (pengawasanKu).”[5]

Pendirian salaf dan khalaf dalam beriman pada zahir ayat dan tafsirannya adalah pada masalah waqaf ayat:
 
هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ آيَاتٌ مُحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ
7. Dia lah Yang menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab suci Al-Quran. sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. dan Yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). oleh sebab itu (timbulah faham Yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang Yang ada Dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa Yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut Yang disukainya). padahal tidak ada Yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya Yang sebenar) melainkan Allah. dan orang-orang Yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya Dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadaNya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" dan tiadalah Yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang Yang berfikiran.[6]

Golongan salaf waqaf pada ayat وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ dan golongan khalaf pula waqaf pada kalimah وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ bagi golongan salaf Allah s.w.t sahajalah yang mengetahui akan makna sebenar ayat tersebut, dan bagi golongan khalaf pula berpendapat golongan ulama’ yang amat mendalam ilmunya juga harus menta’wil ayat tersebut dengan makna yang layak pada zat Allah s.w.t. wallahua’lam.

Terj: Faiz Tanzizi 2010


[1] Fatawa al Azhar, Syeikh A’tiah Saqar
[2] Riwayat Bukhari (1145)
[3] Surah as Syura 11
[4] Surah al Fath 10
[5] Surah Thohaa 39
[6] Surah Ali I’mran 7

No comments:

Post a Comment