Taubat ketika hampir mati[1]
Fatwa Syeikh Abd Halim Mahmod
Soalan
Apakah
taubat seseorang itu diterima Allah s.w.t ketika dia hampir mati ?
Jawapan : Ya, taubatnya diterima Allah
s.w.t sekiranya nyawanya belum sampai ke ghargharah (kerongkong). Taubat
nasuha itu pertamanya mestilah meninggalkan dosa tersebut, menyesal kerana
melakukannya dan berazam tidak akan melakukannya selama-lamanya. Sekiranya dosa
itu berkaitan dengan merampas hak-hak anak adam ataupun berkaitan dengan Allah
s.w.t, hendaklah ia bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan mengembalikannya
semula. Firman Allah s.w.t:
قُلْ
يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا
مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ
هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
53. Katakanlah (Wahai Muhammad):
"Wahai hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka
sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari
rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya
Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.[2]
Sabda Nabi s.a.w:
مَنْ
كَانَ آخِرُ كَلاَمِهِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ دَخَلَ الْجَنَّةَ
“Sesiapa yang akhir
kehidupannya dengan Lailahaillah, dia akan masuk syurga”[3]
Terj: Faiz Tanzizi 2010
No comments:
Post a Comment