WALI ABDAL DI BUMI
SYAM[1]
Fatwa Syeikh Said
Ramadhan al Bouti
Soalan
Adakah hadith berkenaan wali
Abdal di Syam itu benar (sohih)? Jika ia benar, harap tuan dapat memberi
penjelasan tentangnya?
Jawapan : Hadith mengenai
wali Abdal itu banyak, mempunyai pelbagai thuruq (jalan) dan mempunyai sanad
yang kebanyakkan hasan ataupun sohih di antaranya:
Pertama
Sabda Nabi s.a.w :
الأبدال في هذه الأمة ثلاثون رجلا قلوبهم على قلب إبراهيم خليل الرحمن عز و جل كلما مات رجل أبدل الله تبارك وتعالى مكانه رجلا غيره.
“Wali Abdal di kalangan umat
ini seramai tiga puluh orang, hati-hati mereka seperti hati Nabi Ibrahim a.s kekasih
Allah, setiap kali wafat di kalangan mereka, maka Allah s.w.t akan menggantikan
dengan wali yang lain”[2]
Kedua
Sabda Nabi s.a.w :
الأبدال في أمتي ثلاثون بهم تقوم الأرض وبهم تمطرون وبهم تنصرون
“Wali Abdal di kalangan umatku
ini tiga puluh orang, sebab mereka itu, kita diberikan hujan. Karena mereka pula,
kita diberikan bantuan”[3]
Ketiga
Sabda Nabi s.a.w:
الأَبْدَالُ في أهل الشام وَبِهِمْ تُنْصَرُونَ وَبِهِمْ تُرْزَقُونَ
“Wali Abdal itu kebanyakkan mereka di kalangan penduduk Syam[4],
mereka sentiasa ditolong dan diberi rezeki oleh Allah s.w.t ”[5]
Keempat
Sabda Nabi s.a.w :
الأبدال يكونون بالشام وهم أربعون رجلا كلما مات رجل أبدل الله مكانه رجلا يسقى بهم الغيث وينتصر بهم على الأعداء ويصرف عن أهل الشام بهم العذاب
“Wali Abdal itu
kebanyakkan mereka di kalangan penduduk Syam, mereka seramai empat puluh orang,
setiap kali wafat di kalangan mereka maka Allah s.w.t akan gantikan tempatnya
dengan wali yang lain, dengan sebab merekalah hujan diturunkan, mereka sentiasa
ditolong ke atas musuh dan diselamatkan pada penduduk Syam dari azab disebabkan
mereka.[6]
Wallahua’lam.[7]
Terj: Faiz Tanzizi 2011
[1] Masyuarat
Ijtima’iah, Dr. Said Ramadhan al Bouti, hlm 55
[2] Riwayat Ahmad di dalam musnadnya (22803) daripada
hadith U’badah Bin Somit secara ma’rfu’
[3]
Hadith riwayat at Tobrani (3033) daripada U’badah Bin Somit secara marfu’
[4]
Tambahan penyususun : Ada pendapat mengatakan bahawa “kebanyakkan mereka di
kalangan penduduk Syam ”, bermaksud hanyalah kiasan sahaja kerana
yang dimaksudkan dengan Syam itu adalah kawasan yang pengamalan Islamnya amat
baik-Wallhua’alam.
Ada
juga pandangan yang mengatakan bahawa mereka adalah salah satu kumpulan ulama
hadith. Sepertimana yang diriwayatkan oleh al Imam Ahmad bin Hanbal apabila
dikatakan kepadanya: Adakah bagi Allah s.w.t. memiliki Abdal di dunia ini?
Beliau menjawab: Ya. Dikatakan kepadanya: Siapakah mereka? Beliau menjawab:
Jika bukan ulama hadith itu Abdal , maka aku tidak mengetahui adakah Allah itu
mempunyai Abdal.
[5]Hadith
riwayat at Tobrani (14537) daripada A’uf Bin Malik secara marfu’
[6]Hadith riwayat Ahmad di dalam Musnadnya (896) daripada
Ali r.a secara marfu’
[7]
Tambahan penyusun : Syeikh Muhyiddin Ibnu Arabi r.a (seorang ulama’ yang
dianggap sesat oleh sebahagian ulama’ dan sebahagiannya menganggap beliau
adalah di kalangan wali Allah) di dalam kitabnya al Futuhat al Makkiah
membahagikan para wali Allah itu beberapa peringkat, di antaranya wali Qutb
(penghulu para wali), Abdal, Nuqaba’, Autad, Nujaba’, Rijalul Ghaib, Hawari,
Rijalul Fathi, Al Qurra, Al Ahbab dan Umana’.
Begitu juga di
kalangan ahli hadith, mereka terbahagi kepada beberapa peringkat, di antaranya
Amirul Mu’minin, al Hujjah, al Hakim, al Musnid dan al Muhaddith.
Diceritakan bahawa, ada
seorang yang bernama Abdul Majid Bin Salamah beliau pernah bertanya kepada
seorang wali Abdal yang bernama Muaz Bin Asyrash, amalan apakah yang
dikerjakannya sampai ia tergolong di kalangan wali Abdal? Jawab Muaz Bin
Asyrash: “Para wali Abdal mendapatkan darjat tersebut dengan empat kebiasaan, iaitu
sering berlapar (berpuasa), gemar beribadah di malam hari, suka diam (kurang
bercakap) dan mengasingkan diri”.
Al Muhaddith Syeikh Syu’ib
al Arnauth mengatakan semua hadith berkenaan wali Abdal adalah dhoif.
Tambahan penyususun
: Perlu dicatatkan, meskipun sebahagian ulama menolak kewujudan wali abdal ini,
namun perlu diingatkan bahawa sama ada kita menolak atau mengakui wujudnya
mereka, ia tidaklah menjejaskan akidah kita sama sekali. Manakala hadith-hadith
ini adalah hujah dan sandaran bagi mereka yang mempercayai kewujudannya.
Bagaimanapun, perkara ini adalah termasuk soal kerohanian yang mesti dirujuk
kepada mereka yang berkeahlian, dan mengaitkan hal ini di kalangan mereka yang
jahil dengan perkara-perkara bidaah serta khurafat sewajarnya dielak dan
dijauhkan sama sekali - sawanih.blogspot.com
Mujaddid akhir zaman
ReplyDeleteDewanbagsharif.com