BAHASA AHLI KUBUR[1]
Fatwa Syeikh Wahbah az Zuhaili
Soalan
Adakah soalan ahli kubur itu dengan bahasa mayat yang dikuburkan atau
dengan Bahasa Arab ?
Jawapan : Sesungguhnya soalan dua malaikat Munkar
dan Nakir itu adalah thabit di dalam al Quran pada setiap mayat sekalipun
janin, atau pun mayat itu tidak dikuburkan kerana mati terbakar, hilang di
dalam lautan atau dimakan haiwan buas. Sebagaimana yang ditetapkan oleh para
alim ulama’.
Soalan dua
Malaikat ini ditanya pada semua orang yang beriman atau pun tidak beriman
sesungguhnya fatwa sebahagian daripada ulama’ seperti Ibn Hajar al Haithami
mengikut zahir hadith Nabi s.a.w, para Malaikat bertanya pada setiap manusia
dengan Bahasa Arab dan Allah s.w.t menuturkan mereka yang ditanya dengannya,
dan itu tidaklah menjadi suatu masalah bagi Allah s.w.t yang hanya perlu
berkata “Kun
fayakun”. Bahasa Arab itu
adalah Bahasa Ahli Syurga juga. Ada juga pendapat lain mengatakan menggunakan Bahasa Suryani sebagaimana yang difatwakan oleh al
A’llamah al Bilqini, wallaha’lam.
Terj: Faiz Tanzizi 2010
Terj: Faiz Tanzizi 2010
No comments:
Post a Comment