TANDA-TANDA KIAMAT[1]
Fatwa Syeikh Abd Halim Mahmod
Soalan
Apakah wajib beriman dengan
tanda-tanda kiamat ?
Jawapan : Di antara perkara-perkara
yang wajib beriman dengan apa yang disampaikan oleh Nabi s.a.w adalah
tanda-tanda kiamat, kerana ia merupakan perkara-perkara ghaibiat. Di antara
tanda-tanda kiamat itu datangnya Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa a.s. Demikian
itu telah pun datang di dalam hadith Nabi s.a.w.
Datangnya Imam
Mahdi sebelum turunnya Nabi Isa a.s. Turunnya Nabi Isa a.s ketika keluarnya
Dajjal laknatullah. Ia turun untuk mematahkan salib membunuh khinzir dan tidak
menerima cukai, sebagaimana datang di dalam hadith. Turunnya Nabi Isa a.s
adalah untuk mengukuhkan syariat Nabi Muhammad s.a.w, menegakkannya dan akan
menyebarkannya, solawatullahi wasalamhu a’la Rasulillahi ajmai’n, wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment