Friday, 26 April 2013

Al Masih ad Dajal






AL MASIH DAJJAL[1]

Fatwa Syeikh  Abd Halim Mahmod

Soalan :
Siapakah Dajjal ? adakah dia manusia atau bagaimana ?

Jawapan : Dajjal itu adalah manusia, dilahirkan oleh kedua ibu bapa sebagaimana manusia lain dilahirkan. Saidina Umar r.a pernah menyangka bahawasanya Dajjal itu adalah Ibn Shoiyad dan ingin membunuhnya, tetapi dihalang oleh Nabi s.a.w, kata Nabi s.a.w :

إن يكن فلن تسلط عليه . يعني الدجال . وإن لم يكنه فلا خير في قتله

“Sekiranya ia Dajjal maka engkau tidak diperintahkan ke atasnya, sekiranya ia bukan Dajjal maka tidak ada kebaikan engkau membunuhnya”[2]

Dajjal itu wujud, Nabi s.a.w sentiasa memohon perlindungan kepada Allah s.w.t daripada fitnahnya dan sentiasa memperingatkan kepada umatnya tentang bahaya fitnahnya. Allah s.w.t akan menzahirkannya ketika hampir berlakunya kiamat. Di antara tanda-tanda akan keluarnya Dajjal ialah ketika lemahnya iman umat manusia, banyaknya berlaku permusuhan dan kekacauan. Dan di antara fitnah yang akan berlaku adalah manusia akan berpaling daripada kebenaran dan akan mengikut kekufuran. Serta akan berlakunya perbalahan yang besar di antara pengikutnya dengan orang yang mengikut kebenaran serta berpegang pada tali Allah s.w.t. Semoga Allah s.w.t memelihara kita dari kejahatannya dan melindungi kita dari fitnahnya, wallahua’lam.

Terj: Faiz Tanzizi 2010


[1] Fatawa Dr. Abd Halim Mahmod
[2] Riwayat Bukhari (1354)

No comments:

Post a Comment