ROH MAYAT[1]
Syeikh Ali Jum'ah as Syafei'
Soalan
Adakah
roh merindui ahli keluarganya dan menziarahi mereka pada setiap hari Khamis ?
Apakah benar pendapat ini?
Jawapan : Tidak terdapat sebarang ayat
al Quran dan Hadith yang menyatakan bahawasanya roh itu kembali kali kedua
untuk menziarahi ahli keluarganya. Firman Allah s.w.t:
وَمِنْ وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ
100. “sedang di hadapan mereka ada alam barzakh
(yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula
(pada hari kiamat).[2]
Maka ayat ini menunjukkan kepada
kita bahawasanya roh itu naik kepada Penciptanya dan pergi ke alam barzakh dan
tidak akan kembali buat kali kedua melainkan dengan izin Allah s.w.t dan Dialah
yang membangkitkan yang mati sebagaimana yang dia kehendaki, wallahua’lam.
Terj: Faiz Tanzizi 2010
No comments:
Post a Comment