SOLAT DI
PERKUBURAN ATAU DI DALAM MASJID YANG TERDAPAT KUBUR PADANYA[1]
Fatwa Syeikh Abd Malik as Sa'di
Soalan:
Apakah hukum mengerjakan solat di
perkuburan? Bagaimana pula bersolat di masjid terdapat kubur di dalamnya?
Jawapan: Sebelm kami
menyatakan hukum bersolat di perkuburan dan di masjid yang terdapat kubur
padanya, terlebih dahulu kita membezakan di antara solat di masjid yang
terdapat kubur padanya dengan solat di perkuburan dan solat mengadap ke arah
kubur.
1. Bersolat di perkuburan. Iaitu
apabila seorang yang ingin bersolat berdiri di antara perkuburan dan
mengerjakan solat di situ, atau mendapati di tengah-tengah kawasan kubur
terdapat satu tempat atau bilik dan sebagainya, lalu dia bersolat di situ.
Ianya tidak termasuk dalam
kategori ini sekiranya perkuburan itu adalah satu kawasan yang luas, dan
padanya terdapat satu kawasan yang tidak dijadikan kubur atau tidak dikebumikan
mayat padanya. Demikian juga Ibnu Qudamah mangecualikan sekiranya satu tempat
terdapat sebuah kubur atau dua, kerana ia tidak dinamakan tanah perkuburan.
2. Bersolat di masjid yang
terdapat kubur padanya. Iaitu dibina masjid dan disebelahnya atau pada
halamannya atau satu bahagian daripadanya terdapat kubur. Ini juga tidak
dinamakan perkuburan, dan larangan hanya disebut pada perkuburan sahaja.
3. Solat mengadap ke arah kubur.
Iaitu menjadikan kubur di hadapannya, lalu dia sengaja bersujud pada kubur itu
atau sujud kepadanya tanpa sengaja. Ini saya akan membahaskannya pada satu
tajuk berasingan.
a. Hukum solat di perkuburan
Para ulama berselisih pendapat berhubung dengan hukum ini
seperti berikut:
1. Haram
Hukumnya samada kubur itu digali
semula atau tidak digali, walaupun dihampar sesuatu di atas kubur itu lalu
bersolat di atas hamparan itu, dan samada perkuburan umat Islam atau
orang-orang kafir.
Pendapat ini dikemukan oleh Imam
Ahmad. Di kalangan sahabat yang berpendapat seperti ini ialah Saidina Umar,
Ali, Abu Hurairah, Anas, Ibn Abbas. Manakala di kalangan tabi’ein: Ibrahim an
Nakhaie, Nafei Bin Jubair bin Mut’eim, Thawus, Amru bin Dinar, Khaithamah dan
lain-lain. Pendapat ini juga dipegang oleh al Mansur Billah dan al Hadawiyah.
Berasaskan pendapat ini, solat dikira batal, kerana larangan itu bererti
rosaknya solat.
Mereka mendalilkan dengan beberapa
buah Hadith. Diantaranya hadith yang diriwayatkan daripada Abu Said daripada
Nabi s.a.w bersabda:
الأَرْضُ كُلُّهَا
مَسْجِدٌ إِلاَّ الْحَمَّامَ وَالْمَقْبرَةَ
“Bumi keseluruhannya boleh dijadikan masjid (tempat
bersolat) melainkan perkuburan dan tandas.”[2]
(Diriwayatkan oleh al Khamsah kecuali An Nasai)
Di antaranya juga ialah sebuah Hadith yang diriwayatkan
daripada Ibnu Umar ra. Katanya: Rasulullah s.a.w bersabda :
عَنِ ابْنِ عُمَرَ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم
قَالَ : اجْعَلُوا فِي بُيُوتِكُمْ مِنْ صَلاَتِكُمْ وَلاَ تَتَّخِذُوهَا
قُبُورًا.
“Kerjakanlah di antara solat
kamu (solat sunat) di rumah-rumah kamu, dan jangan kamu jadikannya seperti
kubur.”[3]
Baginda memperumpamakan kubur sebagai tempat yang tidak
dikerjakan solat padanya. Maka faham daripada hadith ini kubur bukanlah tempat
untuk dikerjakan solat.
2. Haram
Sekiranya kubur itu digali atau
dibongkar semula. Pendapat ini dikemukakan oleh Imam as Syafei, al Bukhari, Abu
al Abbas, Imam Yahya dan Abu Tolib. Iiatu ketika kubur itu tidak ada dinding
dan makroh sekiranya terdapat dinding. Alasan mereka ialah, perkuburan yang
dibongkar itu, tanahnya telah bercampur dengan daging dan tulang orang-orang
yang telah mati. Tidak diharuskan bersolat di situ kerana bernajis. Namun
sekiranya dia bersolat di tempat yang bersih yang jauh daripada kubur yang
digali semula itu, maka solatnya sah tetapi makroh.
3. Makroh samada kubur yang digali semula atau tidak
Iaitu pendapat yang dikemukakan
oleh Abu Hanifah, as Thauri, al Auzaie’ dan salah satu daripada pendapat Imam
Ahmad. Ia juga dipersetujui oleh ar Rafei’. Kerana menafsirkan hadith-hadith
yang menyatakan larangannya seperti mana yang dipegang oleh golongan yang
pertama tadi kepada larangan yang berbentuk makroh (bukannya haram). Golongan
ini juga berdalilkan dengan hadith yang menyebut secara umum :
حَيْثُمَا أَدْرَكَتْكَ الصَّلاَةُ فَصَلِّ وَالأَرْضُ
لَكَ مَسْجِدٌ
“Di mana sahaja masuknya waktu
solat, maka hendaklah kamu mengerjakannya di situ, kerana ia adalah masjid
(tempat solat)”[4]
4. Harus
Iaitu pendapat yang dikemukakan
oleh Imam Malik dan pendapat Ibn Umar r.a (dari kalangan sahabat). Pendapat ini
berpandukan hadith bahawa Rasulullah s.a.w pernah mengerjakan solat di atas
kubur seseorang wanita yang miskin yang
berkulit hitam di kawasan perkuburan. Pendapat ini bercanggah dengan
dalil-dalil yang menyatakan larangannya sepertimana yang telah dilakukan tadi.
B. Hukum Solat di dalam masjid yang terdapat kubur atau
disebelahnya ada kubur.
Tidak terdapat satu pun dalil
yang menyatakan haram bersolat di masjid yang terdapat kubur, samada masjid itu
dibina selepas adanya kubur atau wujud kubur selepas dibina masjid.
Oleh itu hujah yang dikemukakan
oleh segolongan yang menganggap solat dimasjid yang terdapat kubur adalah tidak
sah iaitu berdasarkan hadith-hadith yang melarang menjadi kubur-kubur sebagai
masjid atau tempat bersolat boleh dipertikaikan.
Hadith-hadith itu seperti berikut :
إِنَّ مَنْ
كَانَ قَبْلَكُمْ كَانُوا يَتَّخِذُونَ قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ وَصَالِحِيهِمْ
مَسَاجِدَ أَلاَ فَلاَ تَتَّخِذُوا الْقُبُورَ مَسَاجِدَ إِنِّى أَنْهَاكُمْ عَنْ
ذَلِكَ.
“Sesungguhnya umat-umat sebelum kamu menjadikan kubur-kubur para
Nabi dan orang-orang soleh dilkalangan mereka sebagai masjid, oleh yang
demikian janganlah kamu jadikan kubur-kubur itu sebagai masjid, sesungguhnya
aku melarang kamu berbuat demikian”[5]
Sabda Nabi s.a.w :
لَعْنَةُ اللهِ عَلَى الْيَهُودِ وَالنَّصَارَى
اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِدَ
“Allah s.w.t melaknat orang-orang Yahudi dan Nasrani kerana menjadikan
kubur-kubur para Nabi mereka sebagai masjid”[6]
Kedua-dua hadith ini tidak kuat untuk dijadikan sandaran sebagai dalil
bahawa solat menjadi batal sekiranya dikerjakan di dalam masjid yang yang
terdapat kubur di dalamnya, kerana perkataan masjid berkemungkinan bermaksud
nama tempat dan kemungkinan juga bermaksud kata terbitan. Tidak mungkin
diterima sekiranya ditafsirkan dengan maksud yang pertama iaitu nama tempat
kerana dua sebab iaitu :
1. Sekiranya dimaksudkan dengan nama tempat sudah tentu lafaz hadith
akan menyebut “Jangan kamu jadikan ‘di atas’ perkuburan sebagai masjid-masjid”
atau “kerana mereka menjadikan di atas perkuburan Nabi-nabi mereka sebagai masjid”,
Firman Allah s.w.t :
لَنَتَّخِذَنَّ عَلَيْهِمْ مَسْجِدًا
"Sebenarnya Kami
hendak membina sebuah masjid di sisi gua mereka".[7]
2. Sekiranya bermaksud tempat di
sini, maka sembahyang sepatutnya tetap dihukum sebagai sah dan tidak dianggap
haram kerana pada lafaz hadith yang pertama tadi melarang pembinaan masjid di
atas kubur, dan hadith yang kedua melaknat mereka yang membina masjid di atas
kubur. Jadi hukum haram dan lakanat itu dikenakan ke atas orang yang membinanya
atau yang menjadikannya sebagai masjid, bukannya ke atas mereka yang bersolat,
kerana dia tidaklah menjadikan tempat tersebut sebagai masjid tetapi orang
lainlah yang menjadikannya. Oleh itu lafaz ‘masjid’ hendaklah ditafsirkan
sebagai kata terbitan iaitu maksud masjid di sini adala tempat sujud. Iaitu
janganlah dijadikan kubur-kubur itu untuk bersujud kepadanya atau menyembahnya
atau mengagongkannya.
C. Bersolat ke arah kubur
Iaitu bersolat menghadap ke arah
kubur samada untuk menyembahnya atau menjadikannya sebagai kiblat sebagaimana
Ka’abah. Maka inilah yang dimaksudkan pada kedua-dua hadith tadi dan sebuah
hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud
لاَ تَجْلِسُوا عَلَى الْقُبُورِ وَلاَ تُصَلُّوا
إِلَيْهَا
“Janganlah
kamu duduk di atas kubur dan janganlah kamu bersolat di atasnya”[8]
Jadi pada bentuk ini, sekiranya kubur dijadikan
tempat sembahan, maka perbuatan tersebut adalah syirik dan kufur. Sekiranya dia
sengaja menghadap ke arah kubur, bukan untuk menyembahnya tetapi untuk
bertabarruk (mengharap keberkatan), maka ini adalah satu dosa dan termasuk di dalam
kejahilan. Sekiranya dia tidak berniat apa-apa seperti yang dinyatakan tadi,
tetapi oleh kerana kubur memang sedia ada di hadapannya sebagai sebahagian
daripada masjid dalam keadaan ianya mempunyai dinding sebagai sebuah binaan
atau sebagainya, maka dia tidaklah dianggap berdosa dan solatnya tidak batal.
Sekiranya kita menghukum solat menjadi batal
sepertimana yang dilakukan oleh segolongan umat Islam, nescaya kita telah
menghukum setiap yang mengerjakan solat di Masjid Nabawi semenjak zaman Umar
Bin Abdul Aziz sehinggalah ke hari ini semuanya batal, kerana pada zaman Umar
Bin Abdul Aziz bermulanya perluasan masjid dengan memasukkan bilik-bilik para
isteri Rasulullah s.a.w dan termasuk di antaranya bilik Saidatina Aisyah yang
terdapat di dalamnya ketiga-tiga kubur sebagai sebahagian daripada perluasan
masjid.
Para ahli hadith yang ulung, para mujahid, para
ulama’ dan orang-orang soleh telah mengerjakan solat di masjid tersebut, dan
tidak seorang pun yang mengingkarinya. Sekiranya dikatakan bahawa masjid dibina
terlebih dahulu sebelum dimasukkan kubur sebagai sebahagian daripadanya?
Ini boleh dijawab dengan dua bentuk jawapan:
1. Sekiranya ‘illah’
(sebab) yang membatalkan solat kerana terdapat kubur di dalam masjid, maka
tidak ada bezanya di antaranya kewujudan kubur sebelum dibina masjid atau
selepasnya.
2. Sekiranya dimasukkan bahagian tersebut ke dalam masjid, maka ia
dikira sebagai sebahagian daripada masjid kerana perluasan masjid dikira sebagai masjid dan ia dijadikan
tempat solat sebagaimana masjid asal. Oleh itu, tempat yang diperluaskan itu
menepati apa yang dikatakan menjadikan kubur itu sebagai masjid. Tidak seorang
pun yang menghukum solat menjadi batal sekiranya dikerjakan di tempat seperti ini
atau pada bahagian masjid yang lain. Dakwaan pengecualian (pada Masjid Nabawi)
perlu kepada dalil.[9]
Wallahua’alam.
[1] Al
Bid’ah fil Mafhum al Islami ad Daqiq (Himpunan Fatwa Dr Abd Malik as
Sa’adi), edisi terjemahan hlm 155
[2]
Riwayat Bukhari (492)
[3]
Riwayat Bukhari (432)
[4]
Riwayat Bukhari (3425)
[5]
Riwayat Muslim (1216)
[6]
Riwayat Bukhari (435)
[7]
Surah al Kahfi 21
[8]
Riwayat Muslim (2294)
[9]
Mughni al-Muhtaj: 1/203,
Nail al-Authar: 2/135-140, al Mughni: 2/67
No comments:
Post a Comment